Keputusan perlawanan akhir Sepaktakraw ISTAF Super Series

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Norfrizal 2nd ISTAF Super Series Day 2 ZQevsglbe
gif image hosting

Gambar tiada kena mengena dengan perlawanan akhir

Perlawanan sepaktakraw Super Siri ISTAF yang diadakan di selatan Sumatra, Indonesia 2012 telahpun berakhir. Pasukan lelaki Malaysia berjaya ke perlawanan akhir bertemu dengan musuh tradisi. Namun pasukan Thailand masih terlalu gagah untuk skuad sepaktakraw negara. Pasukan takraw negara tumpas mudah dengan keputusan, Malaysia vs Thailand 9-15, 5-15, 8-15. Nampaknya terlalu banyak yang perlu diperbaiki oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia(PSM) memandangkan tiada peningkatan prestasi pasukan kita.
Harap-harap pasukan sepaktakraw lelaki Malaysia mencontohi pasukan sepaktakraw wanita Korea yang memberi cabaran kepada skuad wanita Thailand apabila tumpas dengan 15-11, 15-17, 5-15, 10-15.

Sumber :- Facebook New Sepaktakraw

p/s :- Cari info pasal cerita kejohanan di suratkhabar online tempatan dan agak malang bila tiada satupun akhbar online ‘utama’ yang memberi ulasan. Mungkin mereka dah jangka keputusan dan sukan takraw ni pun tak popular sangat kot.

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :730
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

3 Responses to “Keputusan perlawanan akhir Sepaktakraw ISTAF Super Series”

  1. Alhamdulillah, dapat juga Naib Johan. Sekarang ni, prestasi pasukan negara lain dalam permainan ni dah banyak meningkat. Memang kita perlu berusaha keras untuk mengembalikan kedudukan kita sebagai pasukan sepaktakraw yang digeruni.
    Dulu, pasukan sepaktakraw kita sukar digugat sebelum diambilalih oleh Thailand. Kini, susah nak dengar berita kejayaan kita mengalahkan Thailand.

    Reply

    zoolNo Gravatar Reply:

    memang.. dah bertahun2 tak penah kita kalahkan Thailand ni

    Reply

  2. hafizmdNo Gravatar says:

    Tak sempat tgk final tp sempat tgk semi final lawan korea dan tgk thai lwn indon.

    Mmg kena akur jugak yg Thai dalam kelas tersendiri. Mantap di segenap posisi, apit kanan kiri dan tekong yg mmg mantap.

    Mase lawan koreapun, mate kita menang 3 set pun tak jauh, jdi mmg dah expect keptusan final camne…cuma terkejut gak bila bacae kat sini yg kita kena titik kaw2…

    Harap sepaktakraw kembali gemilang…eyahhh!

    Reply

Leave a Reply