Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 – Keputusan Mengejutkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasa-rasanya 2-3 hari ni mesti ramai blogger yang akan bercerita tentang perkara yang sama iaitu keputusan pilihanraya.. Sudah pastinya keputusan PRU 12 kali ini mengejutkan banyak pihak kerana betapa hebatnya parti pembangkang merampas kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri pada tahun ini…
Tidak cukup dengan itu beberapa negeri yang tidak disangka-sangka seperti Pulau Pinang,Kedah, Perak dan Selangor mendapat impak yang besar dan hampir pasti akan bertukar Menteri Besar/ Ketua Menteri… Nampaknya angin perubahan oleh pengundi-pengundi menunjukkan betapa seriusnya mereka untuk memilih calon dan tidak hanya bersandarkan kepada manifesto semata-mata..
Walaupun saya bukanlah pakar dalam menganalisa politik namun saya berpendapat bahawa kekalahan parti Barisan Nasional di beberapa kawasan yang dijangka tidak memberi masalah adalah disebabkan oleh beberapa perkara berikut :-

1. Pemilihan calon yang tidak relevan di kawasan tersebut.. Kalau kita perhatikan terdapat beberapa calon yang tidak dapat diterima oleh ahli-ahli Barisan Nasional sendiri. Calon bidan terjun ( bukan anak tempatan) merupakan perkara yang tidak diambil serius oleh pucuk pimpinan. Walaupun telah disuarakan namun keputusan masih tidak berubah yang menyebabkan berlakunya protes di kalangan ahli sendiri ( samada memboikot pilihanraya atau memangkah parti lawan)..
2. Over confident…. Rasanya perasaan terlalu yakin telah menyebabkan beberapa nama besar yang tersungkur kali ini… Ini memberi kesempatan kepada parti lawan melakukan promosi habis-habisan untuk menjatuhkan mereka..
3. Tidak menggunakan teknologi maklumat secara optimum.. Parti BN sering menyelar blogger-blogger kerana kononnya menjadi ejen pemfitnah kerajaan dan sering melakukan ugutan tetapi mereka tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan gerbang cyber untuk memberi penjelasan, penerangan bagi mengukuhkan sokongan mereka di negara Malaysia tercinta ini.. Jika kita lihat di luar negara sekalipun parti-parti politik mengeksploit sehabis2nya blog bagi meraih undi tetapi bagaimana dengan parti BN??
4. Trend undian pengundi baru.. Pengundi yang rata-ratanya pertama kali mengundi memberikan satu tindak balas yang cukup mengejutkan … Saya cukup suka mendengar pendapat Prof Agus yang menyatakan bahawa undian tahun 2008 akan disertai oleh pengundi intelektual yang tidak hanya mengundi berdasarkan parti.. Dan ianya terbukti berdasarkan keputusan kali ini…
5. Masalah dalaman parti.. Saya rasa ianya berlaku kerana kalau kita lihat parti-parti komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP mendapat keputusan yang memalukan.. Sudah pastinya ada konspirasi yang berlaku dalam parti tersebut..

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang menjadi penyebab betapa teruknya keputusan yang dialami oleh BN pada PRU kali ini..Walaubagaimanapun post mortem perlu dilakukan dan rasanya Pengerusi BN perlu melakukan tindakan drastik… Beliau mesti melakukan perubahan terhadap barisan kepimpinan di Negeri… Keputusan tegas perlu dilakukan kerana keputusan PRU kali ini memberi pengajaran bahawa trend pengundi kali ini telah berubah dan BN perlu mengikuti perkembangan semasa..
Sekian..

Related Posts with ThumbnailsJumlah Yang Telah Lihat Entri Ini :1332
You can leave a response, or trackback from your own site.
Iklan Terbaik.. Ingin iklan disini?? Hubungi Zool.





* Makluman, komen yang menghina dan merbahaya akan didelete atau diubahsuai tanpa notis. Sebarang komen yang disertakan no telefon akan didelete sebab pernah berlaku penyalahgunaan no telefon pihak lain. Hanya link laman web dibenarkan . Itupun sekiranya ia tidak menyalahi dan bukan Spam.. Harap maklum

19 Responses to “Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 – Keputusan Mengejutkan”

  1. AbooainNo Gravatar says:

    Yup, satu kejutan yang menterjemahkan kehendak sebenar rakyat yang dahagakan perubahan dan mual dengan penghinaan, korupsi dan rasuah.

    Reply

  2. titanNo Gravatar says:

    macam2 boleh berlaku dan telah berlaku. Kehilangan 4 negeri yg menjadi kubu kuat bn, jatuh ke tangan BA. So, lepas nih, ingat senang ke nk dapat balik?

    PAk Lah confirm pening kepala dan anwar senyum sampai ke telinga. D

    Reply

  3. kumb@ngNo Gravatar says:

    Pak Lah sengaja buat rekod… 2004 menang besar dalam sejarah dan 2008 kalah besar dalam sejarah….lumrah manusia bila dah menang besar,rasa selesa, kemudian tidak sensitif kehendak rakyat dan akhirnya tanggunglah sendiri….inilah kuasa rakyat…tanpa rakyat siapalah Pak lah, najib, ali rustam dll…

    Jika 2004 ialah harapan, 2008 peringatan dan adakah mungkin 2012/13 nanti perubahan?kita tunggu selepas ini… :D

    Reply

  4. sudinNo Gravatar says:

    its time for pak lah to step down…..kalau mahukan BN terus berkuasa..PRU13 kalau pak lah masih ada memang pembangkang akan perolehi majoriti mudah…huhuhuhuhu

    Reply

  5. nampaknya jangkaan BA untuk mengusai negeri-negeri tersebut dah pun jadik…

    and terbukti pengaruh anuar masih kuat :D

    Saya suka baca dan dengar komen Tun Mahathir, sebab dia cakap direct jer :P

    Reply

  6. aidilNo Gravatar says:

    askum…. cerita ttg PRU 12 ni aku tak berapa campur sangatlah zool tp ada satu parti ni mmg best…. Hidup Parti PUNDAK (parti dari masa hadapan)

    Reply

  7. hafifiNo Gravatar says:

    pilihan raya yang menarik kali ni kan?banyak kejutan berlaku..emm

    Reply

  8. wanwmaNo Gravatar says:

    “JANGAN CABAR SAYA! SAYA PANTANG DICABAR!”

    Reply

  9. pandagumukNo Gravatar says:

    terkejut.girang atau gusar?

    Reply

  10. zoolNo Gravatar says:

    keputusan yang memang mengejutkan..
    mungkin ada sesuatu yang ingin disuarakan oleh pengundi… AMaran Tsunami politik..

    Reply

  11. hudaNo Gravatar says:

    aku suka keputusan kali ni.. tapi lagi suka kalo terengganu pun jatuh kat tangan pembangkang…
    kalo tak de sabah dan sarawak dah sah2 bn tak dapat jadi pemerintah lagi… sebab kalo nak ikutkan.. kat semenanjung ni byk pembangkang yg menang… hahahaha… sukanya aku… kepimpinan bn kena selidik balik.. kenapa rakyat ‘marah’ sangat kali ni….

    Reply

  12. Afzai AfandiNo Gravatar says:

    Panas ku sangka hingga ke petang,
    rupanya hujan di tengah hari,
    kelantan ku sangka dapat ditawan,
    rupanya ku hilang 5 negeri

    Sungguh malang nasib ku ini,
    Tiada kampung tiada negeri,
    Penang negerik ditawan DAP,
    tak tau ke mana nak bawa diri

    Ada baiknya ku undur diri,
    bagi peluang pada khairy,
    sambil ku tumpu pada isteri,
    manalah tahu kot dapat baby

    Reply

  13. zuhairyNo Gravatar says:

    inilah yang perlu kita ingat.Sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran, yg bermaksud:

    “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Aal Imraan 3 : 26)

    Reply

  14. acaiNo Gravatar says:

    smoga pihak yg dipilih akan mampu membawa perubahan seperti yg diharapkan..bukan sekadar janji di manifesto untuk retorik politik mereka semata2…*smile

    Reply

  15. emetNo Gravatar says:

    Aku suke poin2 yang ko beri kat atas, aku sependapat dengan ko. Terutama sekali poin 2, dan 3. :)

    Pak Lah salah percaturan politik kali ni.

    Reply

  16. cikF~No Gravatar says:

    saye memilih untuk mengundi bdasarkan personaliti~

    Reply

  17. Sang KilatNo Gravatar says:

    Kemenangan bagi yang benar dan bagi yang kalah sedar-sedarla sendiri. Rakyat dah sedar dan memandang berat isu-isu yang berlaku. Tak payah tengok jauh, cukupla sekadar kita lihat wakil yang mewakili tempat kita.YB itu buat keje ke tidak. Setakat pilihanraya baru nak nampak muka. Kawasan yang diwakili tiada perubahan dan susah nak jumpa kalau rakyat mahu minta pertolongan dan tidak mengotakan janji yang telah dibuat.Itu yang buat rakyat “fed-up” dengan apa yang berlaku dan ingin perubahan dan ingin memilih wakil yang betul komited dan berdidikasi dalam melaksanakan tugas.

    Reply

  18. DeNGDaNgNo Gravatar says:

    Berita tergempar..

    Bernama baru saja melaporkan Samy Vellu telah menubuhkan Barisan Untuk Tolong Orang Hindu. Singkatan dia B.U.T.O.H. Samy Vellu telah dilantik untuk mengetuai pakatan tersebut dan dipanggil sebagai KEPALA B.U.T.O.H

    Hehehehe…sekadar gurauan

    Reply

  19. LaiLiNo Gravatar says:

    cakap2 ttg politik ni mmg best..apa pn sy rs kita kena majukan diri kita sendiri dari segi akidah n ekonomi..pas tu bila kita cakap…mesti org2 lain lebih ok tuk dengar…

    Reply

Leave a Reply