LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Piala Malaysia 3 September 2014

Malam ini berlangsung 4 lagi perlawanan Piala Malaysia untuk menentukan tempat ke suku akhir. Perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang ingin ditentukan bagi mengiringi Felda, Pahang, Johor DT dan Kelantan ke peringkat suku akhir.
Berikut merupakan perlawanan yang berlangsung pada 3.9.2014

piala-malaysia-group
Kumpulan B
Terengganu lwn Sarawak
Perlawanan antara Terengganu menentang Sarawak berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada jam 8.45 malam ini. Pasukan Sarawak yang telah tersingkir tidak akan hanya bermain sambil lewa. Pasukan Terengganu pula perlu bermain bermati-matian bagi mengelak diaibkan Sarawak. Ini kerana peluang mereka boleh disambar jika mereka tumpas pada malam ini.
Ramalan : Terengganu 2 Sarawak 1

Kedah lwn Perak
Perlawanan antara Kedah menentang Perak yang berlangsung di Stadium Darulaman, Kedah pada jam 8.45 malam ini. Ia perlawanan penting bagi kedua-dua pasukan. Kedah yang ketinggalan 1 mata di tangan Perak dan Terengganu pasti ingin mendapat mata penuh manakala Perak pula tidak mahu ditumbangkan Kedah kerana mereka mampu tersingkir jika tewas.
Ramalan : Kedah 1 Perak 1

Kumpulan D
PDRM lwn Sime Darby
Perlawanan antara PDRM menentang Sime Darby berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada jam 8.45 malam. Pasukan PDRM sudah layak ke suku akhir dan tidak mampu dipintas oleh mana-mana pasukan namun mereka pasti tidak ingin tumbang. Pasukan Sime Darby pula pelu menang bagi menyambar slot suku akhir bagi mengiringi skuad PDRM.
Ramalan : PDRM 1 Sime Darby 0

Selangor lwn T-Team
Perlawanan antara Selangor menentang T-Team berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada jam 8.45 malam. Perlawanan yang penting bagi Selangor untuk menang manakala T-Team perlu membuktikan sesuatu pada pengurusan untuk perlawanan terakhir ini.
Ramalan : Selangor 2 T-Team 0

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 3.9.2014

Terengganu lwn Sarawak 0-0 (0-0)
** Terengganu mengiringi Kedah untuk ke suku akhir

Kedah lwn Perak 2-0 (0-0)
73′ Billy Mehmet (KED)
76′ Badrol Bakhtiar (KED)
** Kejayaan Kedah menumbangkan Perak menandakan yang mereka akan ke suku akhir bersama Terengganu

PDRM lwn Sime Darby 3-1 (1-1)
7′ Roskam (p) (SDA)
23′ Ashfaq Ali (PDRM)
81′ Chad Souza (PDRM)
90′ Bobby Gonzales (PDRM)
** Pasukan PDRM meneruskan rentak kecemerlangan dengan tidak tumpas pada peringkat kumpulan…

Selangor lwn T-Team (1-0)
26′ Rangel (SEL)
** Selangor berjaya ke suku akhir menemani PDRM setelah menumbangkan T-Team

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Keputusan Piala Malaysia 3 September 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)