Keputusan Piala Malaysia 18 September 2013 – Lions XII vs Sarawak

Hari ini berlangsung satu perlawanan Piala Malaysia 2013 yang menemukan 2 juara bagi divisyen dalam Liga Malaysia. Juara Liga Super, Lions XII menentang Juara Liga Perdana Sarawak di Stadium Jalan Besar. Perlawanan telahpun tamat dengan perlawanan berkesudahan memihak pasukan Lions XII dengan kemenangan tipis 1-0.
bolasepak lions sarawak
image search

Gol pasukan Lions XII yang dijaringkan oleh Fazrul Nawaz pada minit ke 63 membuka kembali peluang skuad dari Singapura untuk mara ke peringkat seterusnya. Dengan baki 1 perlawanan, keempat-empat pasukan yang menghuni Kumpulan D iaitu Perak, Kedah, Sarawak dan Lions XII berpeluang untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang berlangsung pada Sabtu ini akan menjadi penentu pada pasukan yang akan mara ke suku akhir bagi mewakili pasukan dalam Kumpulan D. Pasukan manakah yang akan berjaya? Adakah Lions XII akan meneruskan kecemerlangan atau Perak akan mencuri peluang atau Sarawak akan mencari kemenangan untuk melangkah ke suku akhir mahupun pasukan Kedah yang semakin meningkat?
Kita tunggu pada perlawanan terakhir nanti..

Sekian.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Piala Malaysia 18 September 2013 – Lions XII vs Sarawak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.