LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Piala AFC Selangor vs Ha Noi T&T FC

Hari ini berlangsung perlawanan Piala AFC 2014 yang menemukan pasukan wakil dari Malaysia iaitu Selangor menentang wakil dari Vietnam, Ha Noi T&T FC bagi kumpulan F. Jika perlawanan sebelum ini ditempat lawan, skuad The Red Giant tewas tipis di tangan Ha Noi T&T dengan jaringan 0-1 tapi pada perlawanan kali ini skuad bimbingan Mehmet Durakovic ini berjaya membalas dendam.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor berjaya dimenangi oleh skuad Selangor dengan keputusan 3-1.Keputusan ini membuka semula peluang kepada pasukan Selangor untuk ke peringkat seterusnya. Dalam perlawanan yang menyaksikan keempat-empat gol dijaringkan dalam separuh masa pertama menunjukkan ketajaman pemain import Selangor, Paulo Rangel yang berjaya mendapatkan hatrik pertamanya untuk skuad Selangor. Manakala satu lagi perlawanan kumpulan F membabitkan wakil Indonesia, FC Arema sebagai tuan rumah menentang Maziya dari Maldives dimenangi dengan keputusan 3-2.

Keputusan perlawanan Piala AFC 1 April 2014 – Selangor melawan Ha Not T&T FC

Selangor vs Ha Noi T&T FC
LINEUP: Selangor (vs Ha Noi) Farizal, Azmi, Rizal, Shahrom, Bunyamin, Hadi, Venood, Kuna, Thamil, Hazwan, Rangel
LINEUP: Ha Noi (vs Selangor)Cong (GK), Hong, Duy, Quoc, Van Bien, Van Hiew, Ngoc , Thianh, Cao, Van Quyet, Marronkle
paulo rangel
online photo storage

21′ Rangel (SEL)
32′ Rangel (SEL)
36′ Marronkle (p) (Ha Noi T&T)
43′ Rangel (SEL)

Tahniah kepada skuad Selangor yang berjaya mendapatkan 3 mata penuh pada hari ini. Kita nantikan pula perlawanan esok yang membabitkan skuad Kelantan pula.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan Piala AFC Selangor vs Ha Noi T&T FC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)