Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Piala AFC – Pahang menumpaskan Yadanarbon FC

Selepas pasukan JDT membenam wakil India, Benggala FC dengan keputusan 4-1 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada hari Selasa lalu, giliran satu lagi wakil pasukan Malaysia Pahang beraksi di Piala AFC.


Perlawanan ini menyaksikan JDT tanpa pemain import utama iaitu Jorge Pereira Diaz dan Luciano Figueroa yang berada dibangku simpanan. Pasukan JDT menunjukkan kehebatan apabila pemain sayap, Mohd Nazrin Mohd Nawi menjaringkan gol melalui sepakan percuma yang cantik.
Ketika sibuk menyerang, pasukan Bengal FC menyamakan kedudukan pada minit ke 34 melalui Soleye Ranti Martins. Pada minit ke 39, pasukan JDT dihadiahkan penalti apabila pertahanan Bengal FC tertampan bola di dalam kotak penalti. Pemain kebangsaan, Safiq Rahim mudah menyempurnakan tugas menjaringkan gol melalui sepakan penalti.
Pada separuh masa kedua, S. Chanturu berjaya menjaringkan gol mudah selepas hantaran mudah oleh Nazrin Nawi pada minit ke 47 manakala Safee Sali melakukan sepakan gunting menarik pada minit ke 53 untuk memastikan kemenangan besar pasukan JDT. JDT yang diletakkan dalam kumpulan F akan menentang Balestier Khalsa dari Singapura pada 10 Mac 2015.

johor-darul-takzim-fc-jdt-vs-east-bengal-2015
Sepakan Gunting Cantik Safee Sali. Gambar Kredit : Johorsoutherntigers.com.my

 

Pasukan Pahang yang bertandang ke Stadium Mandalay, Myanmar berjaya mendapatkan 3 mata penuh dalam aksi kumpulan G Piala AFC menentang Yadanarbon FC. Pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan ini beraksi baik apabila pemain sensasi, Dickson Nwakaeme berjaya menyumbat gol pada mini ke 5 dan minit 11.

Namun kesilapan, pemain pertahanan Damion Stewart menjaringkan gol sendiri menyebabkan pasukan tuan rumah merapatkan kedudukan pada minit ke 40. Semangat pasukan tuan rumah kembali memuncak dan jaringan penyamaan dilakukan pada minit ke 55 oleh Djedje Maximin melalui sepakan penalti. Namun pemain sayap, R.Gopinathan muncul wira pasukan ‘Tok Gajah’ apabila berjaya menjaringkan gol melalui sepakan lencong cantik.
Pada aksi kedua nanti, Pahang akan menanti kunjungan pasukan Global FC pada di Stadium Darul Makmur, Kuantan yang akan berlangsung pada 11 Mac ini.
– BERNAMA
// Keputusan yang baik bagi kedua-dua pasukan wakil Malaysia ini. Semoga kemenangan ini akan memberi semangat yang lebih kepada pasukan Pahang dan JDT untuk perlawanan akan datang.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)