LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Piala AFC 9 Mac 2016 – JDT bawa pulang 3 mata penuh

Pasukan JDT yang bertandang di Stadium Bengaluru, Karnataka India berjaya membawa pulang 3 mata berharga dalam kejohanan Piala AFC 2016. Juara bertahan itu berjaya mengungguli Kumpulan H selepas menang 1-0 di tempat lawan sekaligus mengumpul 6 mata dari 2 perlawanan.
Perlawanan yang menyaksikan 7 pertukaran berbanding ketika kemenangan 4-1 menentang Negeri Sembilan dalam Kejohanan Piala FA Superbest Power pada Jumaat lalu.

Pasukan JDT beraksi baik dan mendapat beberapa peluang dari pemain import Pereyra Fiaz namun percubaan tersasar. Aidil Zafuan juga mendapat peluang pada minit ke 36 namun sedikit tersasar. Pada minit ke 55 , gawang gol Bengaluru dibolosi oleh ketua pasukan Safiq Rahim melalui sepakan percuma.
Walaupun agak kontroversi sepakan percuma tersebut namun peluang itu tidak disia-siakan oleh Safiq Rahim yang memang cukup hebat dengan sepakannya.

Safiq juga mempunyai peluang pada minit-minit akhir namun rembatan beliau tersasar. Pemain Bengaluru juga hampir-hampir menyamakan kedudukan pada minit terakhir selepas aksi kelam kabut di gol JDT namun nasib menyebelahi mereka.
Semoga JDT terus maju dan diharap dapat mengesahkan tempat mereka lebih awal selepas perlawanan ini. Manakala pasukan Selangor yang gagal pada perlawanan sebelum ini perlu bangkit semula untuk menghidupkan peluang ke peringkat seterusnya.

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Piala AFC 9 Mac 2016 – JDT bawa pulang 3 mata penuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)