LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Piala AFC 8 Mac 2016 – Selangor tumpas di tangan Tampines Rovers

Nampaknya pasukan bola sepak Selangor tidak mampu memanfaatkan aksi di gelanggang sendiri pada perlawanan kedua Piala AFC 2016.
Pasukan Selangor yang baru sahaja ditunjukkan jalan keluar pada kejohanan Piala FA Malaysia 2016 tempohari mendapat jalan sukar pada perlawanan Piala AFC 2016.

Walaupun mengikat pasukan dari Filipina pada perlawanan pertama, kegagalan untuk mendapatkan mata pasti tidak diingini oleh penyokong bola sepak Selangor.
Perlawanan yang berlangsung pada 8 Mac 2016 ini menyaksikan pasukan Selangor yang beraksi di Stadium Perbandaran Selayang tumpas di tangan pasukan kelab dari Singapura, Tampines ROvers dengan keputusan 0-1.

selangor-vs-tampines-rovers

Pasukan Tampines Rovers yang dibimbing oleh jurulatih, V.Sundram Moorthy itu berjaya mendapatkan gol tunggal melalui Fazrul Nawaz pada minit ke 27 akibat kelekaan para pemain pertahanan Selangor.
Pasukan Selangor yang beraksi dengan beberapa pemain kedua telah melakukan pertukaran pada separuh masa kedua dengan memasukkan pemain R.Gopinathan dan Nazmi Faiz.

Aksi di separuh masa kedua menyaksikan pasukan Selangor menggandakan asakan namun barisan pertahanan pasukan Tampines Rovers kekal berdisplin sekaligus memberikan mereka 3 mata penuh untuk dibawa pulang ke Singapura.
Kemenangan ini juga menyaksikan pasukan Tampines ROvers mendahului Kumpulan dengan 6 mata penuh hasil 2 kemenangan dari 2 perlawanan.

Pasukan Selangor pula perlu memanfaatkan perlawanan selepas ini dan perlu mencari strategi yang lebih tepat sekiranya mereka ingin melangkah ke pusingan seterusnya.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan Piala AFC 8 Mac 2016 – Selangor tumpas di tangan Tampines Rovers

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)