Keputusan Piala AFC 2017 3 Mei 2017 – JDT Mara, Felda Dibelasah Hanoi FC

Dua wakil pasukan Malaysia mengalami nasib berbeza. Pasukan JDT yang berpengalaman luas dalam pertandingan ini berjaya melangkah ke pusingan kalah mati manakala pasukan Felda terperosok di tangga terbawah Kumpulan G.

Dalam perlawanan yang berlangsung pada malam tadi, pasukan Felda yang bertandang ke Stadium Hang Day, Hanoi, Vietnam dimalukan pasukan tuan rumah Hanoi FC dengan keputusan 1-4. Keputusan ini menyaksikan pasukan Felda pulang dengan tangan kosong sekaligus sudah boleh menumpukan pada Liga Malaysia.

Berbeza dengan pasukan JDT, kemenangan yang dicari di gelanggang sendiri menjadi kenyataan. Gabriel Guerra menjadi hero bagi pasukan JDT selepas menjaringkan hatrick walaupun pasukan Magwe FC dari Myanmar hampir mengejutkan dengan cubaan hampir gol. Pasukan JDT menang dengan keputusan 3-1.

gabriel guerra
Gabriel Guerra menjadi penyelamat bagi pasukan JDT dengan menjaringkan hatrick

 

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

3 thoughts on “Keputusan Piala AFC 2017 3 Mei 2017 – JDT Mara, Felda Dibelasah Hanoi FC

Leave a Reply