Keputusan Piala AFC 2016 : JDT kekalkan rekod di peringkat kumpulan

Pasukan penyandang juara Piala AFC, JDT mencatat keputusan memberangsangkan dalam peringkat kumpulan bagi Piala AFC 2016.
JDT yang beraksi di Stadium Larkin pada perlawanan akhir peringkat kumpulan bermula garang. Pemain sayap, Nazrin Nawi mendapat beberapa peluang namun tidak mampu memanfaatkannya.

Peluang demi peluang tidak mampu diterjemahkan sebagai gol. Kemasukan ketua pasukan, Safiq Rahim yang menggantikan Amri Yahyah membuahkan hasil. Hasil satu percubaan Safiq Rahim pada minit ke 69 terbias sekaligus bola yang pada mulanya tidaklah kuat namun masuk ke gawang gol yang tak mampu diselamatkan oleh penjaga gol.

safee-sali-vs-bengaluru
Safiq Rahim sekali lagi menjadi watak utama apabila melakukan lorongan tepat kepada penyerang, Safee Sali yang melakukan rembatan leret kaki kiri pada minit ke 77 yang menghasilkan gol.
Pasukan Bengaluru tidak berputus asa dan hampir-hampir menemui sasaran pada minit-minit akhir perlawanan. Ketika perlawanan hampir ke penghujung, S Chanturu dibentes oleh pemain pertahanan Bengaluru di dalam kotak penalti.

Sepakan penalti diberikan pada JDT. Namun bukan Safiq Rahim yang mengambil pada perlawanan kali ini sebaliknya Shakir Saari yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti tersebut pada minit ke 90.
Perlawanan berkesudahan dengan keputusan JDT 3 Bengaluru 0 sekaligus mencatatkan keputusan layak dengan bergaya untuk ke pusingan kedua. Semoga JDT mampu mengekalkan kecemerlangan dan mampu mengekalkan Piala AFC di bumi Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.