LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Piala AFC 15 dan 16 Mac 2016 – Selangor dan JDT pungut 3 mata

Minggu ini berlangsung perlawanan Piala AFC 2016 membabitkan 2 pasukan wakil dari Malaysia.
Pasukan Selangor yang bertandang ke Stadium Nasional Bangabandhu pada hari Selasa lalu bertemu pasukan Sheikh Jamal Dhanmondi.
Perlawanan ke 3 bagi Kumpulan E ini memang mendebarkan dan keputusan berpihak kepada pasukan Selangor yang membawa pulang 3 mata penuh.

Pasukan Selangor bermain baik pada awal permainan dengan beberapa percubaan dari R.Gopinathan dan Mauri Olivi. Namun tuan rumah, mendapatkan gol melalui pemain Landing Darboe.
Pemain import Selangor, Patrick Ronaldinho Wleh menjaringkan gol melalui tandukan pada minit ke 38.

Pada separuh masa kedua, pemain Selangor R. Gopinathan mendapatkan gol minit ke 53 hasil hantaran tepat pemain import dari Liberia, Patrick Ronaldinho.

gopi
Kelegaan itu tidak bertahan lama apabila pasukan tuan rumah, mendapatkan 2 gol dalam masa 2 minit melalui Emeke Onuoha dan Wedsen Anselme yang memberikan tekanan kepada pasukan pelawat.

Mauri Olivi yang tidak berputus asa seterusnya mendapatkan gol pada minit ke 70 melalui hantaran baik Patrick. Ketika minit ke 83, Olivi melakukan percubaan namun ditepis lemah oleh penjaga gol Sheikh Jamal, Shahihul Sohel menyebabkan masuk ke gawang sendiri.
Keputusan akhir, berkelebihan kepada Selangor dengan keputusan 4-3. Ketika ini, Tampines Rovers mendahului carta Kumpulan E dengan 6 mata manakala Ceres La Salle tempat kedua dengan 5 mata, Selangor 4 mata manakala Sheikh Jamal tanpa sebarang mata.

Perlawanan kedua pula membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku tuan rumah menentang pasukan dari Laos, Lao Toyota. Jurulatih, Mario Gomez melakukan satu tindakan drastik dengan menurunkan banyak pemain kedua dalam kesebelasan utama.
Ia memberi kesan pada persembahan dimana mereka kebuntuan untuk memecah benteng pertahanan pelawat tersebut.

Pada separuh masa kedua, Jorge Pereyra Diaz, Safiq Rahim dimasukkan. Ia memberi kesan yang ketara apabila serangan lebih menjadi pada perlawanan ini. Safiq Rahim mendapat penalti selepas salah seorang pemain pelawat terkena tangan dalam kotak penalti. Safiq Rahim tidak mempersia-siakan peluang yang diterima pada minit ke 61.

safiq
Pada minit ke 73, sekali lagi pasukan JDT dihadiahkan penalti. Kali ini selepas pemain sayap JDT, S. Chanturu dijatuhkan oleh pihak lawan di dalam kotak penalti. Safiq Rahim dengan tenang menyempurnakan penalti tersebut pada minit ke 73. Gol terakhir JDT dijaringkan oleh pemain veteran, Amri Yahyah selepas hantaran satu dua dengan Safiq Rahim pada minit 91.
Ini bermakna pasukan JDT mengungguli carta Kumpulan H dengan memenangi ketiga-tiga perlawanan dan mengumpul 9 mata maksimum. Hanya selangkah lagi untuk pasukan JDT melangkah ke peringkat seterusnya.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan Piala AFC 15 dan 16 Mac 2016 – Selangor dan JDT pungut 3 mata

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)