LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan suku akhir Piala AFC 18 September 2012 Kelantan vs Arbil FC

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Perlawanan bolasepak Piala AFC 2012 bersambung kembali dimana wakil dari Malaysia iaitu Kelantan akan bertemu Arbil FC dari Iraq. Perlawanan yang diadakan di Iraq ini pastinya akan memberikan cabaran baharu kepada barisan pasukan Kelantan yang mendominasi Liga Super Malaysia. Perlawanan kali ini pasti menjanjikan pertembungan yang menarik memandangkan ini merupakan kali pertama pasukan bolasepak dari negara yang berjaya melangkah sejauh ini. Pasti pasukan Kelantan ingin meneruskan langkah untuk terus melakar kejutan sekaligus mampu mencipta sejarah menjulang Piala kebanggaan bagi pasukan kelab bolasepak di Asia. Tampak agak sukar tapi pastinya tiada yang mustahil.
Perlawanan antara Kelantan menentang Arbil FC akan disiarkan secara langsung di siaran RTM 1 pada jam 11.30 malam.
siaran langsung kelantan vs arbilfc
upload picture

Berikut merupakan keputusan perlawanan suku akhir Piala AFC 18.9.2012 Kelantan menentang Arbil FC

Keputusan perlawanan Kelantan vs Arbil FC 1-5 (1-1)
Separuh Masa Pertama
Arbil minit 37
Kelantan minit 42 (Badri Radzi) – penalti
Perlawanan lebih kepada pasukan Arbil FC namun pemain pertahanan Kelantan mampu menyerap asakan dari pemain lawan. Jaringan dari luar kotak penalti oleh pemain Arbil yang cantik memberi kelebihan kepada pasukan dari Iraq itu namun selang beberapa minit Danny Antwi dijatuhkan oleh pertahanan lawan dan pengadil memberikan penalti untuk pasukan The Red Warrior. Ketua pasukan Kelantan, Badri Radzi berjaya menyempurnakan tugasan tersebut sekaligus menyamakan kedudukan dalam perlawanan ini.

Separuh Masa Kedua
Arbil minit 50 – penalti
Arbil minit 66
Arbil minit 71
Arbil minit 90

Separuh masa kedua menampakkan kelemahan pasukan Kelantan. Pasukan Arbil mudah masuk ke dalam kotak penalti dan berjaya menghasilkan 3 gol. Malahan terdapat 2 peluang terbaik yang terkena palang gol sekaligus menyelamatkan dari pintu gol Khairul Fahmi dibolosi. Memang terdapat jurang besar antara kedua pasukan terutama dari segi fizikal dan mental. Mudah sekali pasukan kelab dari Iraq menguasai bola berbanding pasukan Kelantan/

Agak malang bagi pasukan Kelantan setelah kalah dengan angka yang besar. Nampak agak sukar untuk pasukan Kelantan meneruskan ke peringkat seterusnya walaupun mereka akan menjadi tuan rumah selepas ini.

Sekian.

Please follow and like us:
error0

3 thoughts on “Keputusan perlawanan suku akhir Piala AFC 18 September 2012 Kelantan vs Arbil FC

  1. Pingback: Keputusan perlawanan suku akhir Piala AFC 18 September 2012 Kelantan vs Arbil FC | Blog Zool Ligakampung.

Leave a Reply to tehr Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)