LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 25 September 2012 dan keputusan suku akhir kedua AFC Cup Kelantan vs Arbil

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan suku akhir Piala Malaysia berlangsung pada malam ini. Hanya 2 perlawanan berlangsung pada malam ini. Siaran langsung antara Pahang FA menentang Lions XII akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 jam 8.00 malam manakala perlawanan Johor FC menentang Selangor akan disiarkan secara tertunda di RTM 1 jam 11.30 malam.
Pasti keempat-empat pasukan ini ingin mendapatkan keputusan yang baik bagi dibawa bekal untuk perlawanan kedua nanti.

Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak suku akhir pertama Piala Malaysia 25.9.2012

Pahang vs Lions XII 2-1 (1-1)



Pahang minit 9 ( Fauzi Roslan)
Lions XII minit 20 (gol sendiri Jalaludin Jaafar)
Pahang minit 75 (Hafiz Kamal)

Johor FC vs Selangor 1-3 (0-3)

Selangor minit 9 (Safiq Rahim)
Selangor minit 20 (Bunyamin Omar)
Selangor minit 24 (Amri Yahya)
Johor FC minit 52 (Akmal Nor)

Tahniah kepada pasukan yang berjaya menang. Namun masih ada lagi 90 minit di perlawanan kedua untuk menentukan pasukan yang akan ke separuh akhir nanti.
Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Selain dari perlawanan bolasepak Piala Malaysia, perlawanan suku akhir Piala AFC antara Kelantan menentang Arbil juga diadakan pada hari ini. Pasukan Kelantan pasti perlu bermain bermati-matian untuk melakukan perkara yang agak mustahil selepas tumbang dengan 1-5 di tempat lawan. Walaubagaimanapun segalanya boleh berlaku. Pasukan kendalian Bojan Hodak perlu memastikan jaringan 4 gol dapat dilakukan sambil memastikan gawang gol tidak dibolosi bagi mencipta sejarah ke separuh akhir.
Perlawanan suku akhir kedua piala AFC antara Kelantan menentang Arbil FC akan disiarkan secara langsung oleh RTM 1 jam 8.45 malam.

Berikut merupakan keputusan perlawanan bolasepak suku akhir Piala AFC 2012 Kelantan vs Arbil FC

Kelantan vs Arbil FC 0-1

Arbil minit 37
Kelantan minit 93 (Mohd Ghadar)

Akhirnya pasukan Kelantan terpaksa meninggalkan kejohanan AFC setelah kalah dengan aggregat 2-6. Walaupun cuba memberikan tentangan dalam perlawanan suku akhir kedua namun ia agak terlambat selepas kekalahan teruk pada perlawanan pertama. Tahniah kepada pasukan The Red Warrior yang mampu berjaya hingga ke suku akhir Piala AFC 2012. Diharap pada AFC 2013 ada pasukan dari Malaysia yang akan melangkah ke peringkat yang lebih jauh lagi.
Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Sekian.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 25 September 2012 dan keputusan suku akhir kedua AFC Cup Kelantan vs Arbil

  1. belum ada rezeki untuk m’sia untuk AFC2012, apapuntahniah untuk kelantan sampai kesuku akhir.

Leave a Reply to Denaihati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)