LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2017

Terdapat 3 perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2017 yang berlangsung pada hari Jumaat (15 September 2017) manakala 1 perlawanan akan berlangsung pada Sabtu (16 September 2017).
Perlawanan antara Selangor menentang Kedah berlangsung di Majlis Perbandaran Selayang , Felda United menentang PKNP di Stadium Tun ABdul Razak Jengka, Pahang mankala Melaka United melayani kunjungan JDT di Stadium Hang Jebat.
Perlawanan pada Sabtu pula menyaksikan pertembungan antara Pahang dan Perak di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Agak menarik apabila ketiga perlawanan pada Hari Jumaat menyaksikan tuan rumah tumbang di laman sendiri. Pasukan Felda tumbang kepada pasukan kelab dari Liga Premier, PKNP dengan keputusan 1-3. Penyerang sensasi PKNP, Shahrel Fikri membuktikan keupayaan apabila menjaringkan hatrick dalam perlawanan ini.
Pemain yang mempunyai insiden kesihatan sebelum ini membuktikan bahawa beliau merupakan penyerang tempatan paling tajam selepas menyumbat gol pada minit ke 10, 45 dan 68. Pemain sayap Felda Hadin Azman mendapatkan gol tunggal Felda pada minit ke 77. Nampaknya kehebatan pasukan PKNP dalam arena Piala Malaysia semakin menonjol.
Mungkinkah pasukan PKNP akan melakukan kejutan lagi dan mampu menjulang Piala Malaysia?

Dalam perlawanan antara Selangor menentang Kedah pula menyaksikan kelebihan pada pasukan pelawat apabila menang dengan keputusan 2-3. Perlawanan yang cukup menarik ini menyaksikan pasukan Kedah menguasai perlawanan pada awal permainan. Penyerang import Kedah Ken Ilso Larsen berjaya menyumbat dua gol pada minit ke 10 dan 15 sebelum penyerang import Selangor, Rufino Segovia Del Burgo merapatkan kedudukan pada minit ke 53.


Pemain sayap kebangsaan, Mohd Syazwan Zainon menyumbat gol ketiga Kedah pada minit ke 68 dan Rufino sekali lagi merapatkan kedudukan pada minit ke 71. Perlawanan pada minit terakhir menyaksikan kedua-dua pasukan mencuba mendapatkan gol namun tidak berjaya membolosi gol lawan.

Perlawanan antara pasukan Melaka United menentang JDT pula menyaksikan pasukan Melaka United diratah oleh pasukan jiran JDT dengan keputusan 1-4 di gelanggang sendiri. Pasukan JDT memulakan jaringan melalui pemain kelahiran Lebanon, Ghaddar pada minit ke 7 dan 33. Walaupun cuba merapatkan kedudukan melalui Marko Simic pada minit ke 45 namun JDT terlalu gagah apabila pemain naturalisasi, Natxo Insa berjaya menghasilkan gol ketiga pada minit ke 68 manakala Safiq Rahim terus menghukum barisan pertahanan Melaka melalui gol pada minit ke 85.

Perlawanan antara Pahang menentang Perak pula menyaksikan pasukan tuan rumah menumpaskan pelawat dengan keputusan 3-1. Gol pasukan Pahang dijaringkan oleh Wan Zaharulnizam pada minit ke 35, Afif Amirudin minit 38,  Davis minit 40 dan gol Perak dijaringkan oleh Gilmar pada minit ke 68.

Keputusan Suku AKhir Pertama Piala Malaysia 2017

Melaka United vs JDT 1-4

Selangor vs Kedah2-3

Felda United vs PKNP FC 1-3

Pahang vs Perak 3-1

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)