LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala AFC 25.8.2015 – JDT menentang South China FC

Selepas menjuarai Liga Super pada hari Sabtu lalu, pasukan Johor Darul Ta’zim perlu kembali beraksi. Kali ini sebagai wakil bagi pasukan Malaysia dengan bersaing pada perlawanan suku akhir pertama Piala AFC 2015.
Perlawanan suku akhir pertama yang berlangsung di Stadium Larkin menemukan skuad JDT menentang wakil dari Hong Kong, South China FC. Sudah pasti kemenangan selesa ingin dicari oleh skuad bimbingan Mario Gomez bagi mendapat bekalan sebelum bertandang ke Stadium Mong Kok, Hong Kong pada 15 September nanti.

Pasukan JDT mengidamkan untuk muncul kelab pertama Malaysia layak ke separuh akhir nanti. Selepas mengharungi jadual padat Liga Super pasukan sudah pasti sedikit pertukaran akan berlaku bagi kesebelasan utama malam ini. Agak malang tiada Jorge Pereyra Diaz dalam kesebelasan utama kerana sedang dipinjamkan ke kelab Altetico Independiente di Argentina tatkala JDT mengharapkan aksi penyerang berbisa Luciano Figueroa bagi merobek gawang lawan.
Pertahanan import Marcos Antonio juga telah kembali cergas beraksi selepas tidak beraksi dalam 2 perlawanan Liga Super lalu. Gelanggang kebal, Stadium Larkin pasti akan menjadi tuah bagi pasukan Harimau Selatan ini.

Piala-AFC-JDT-vs-South-China

Keputusan Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala AFC 2015 – JDT vs South China FC

JDT vs South China FC (0-0) 1-1

46′ Luciano Figueroa(JDT)

63′ Awal Mahama (SC FC)

** Keputusan penuh suku akhir pertama Piala AFC 2015 berkesudahan dengan 1-1. Pasukan JDT perlu menghadapi cabaran sengit pada perlawanan di gelanggang lawan nanti. Nampak agak kurang kemas persembahan pasukan JDT terutama ketika ‘set piece’. Sepakan percuma dan sepakan sudut tidak memberi kesan pada pihak lawan. 

Mungkin pada perlawanan di Hong Kong, Mario Gomez perlu menerapkan persembahan menyerang yang lebih kemas dan barisan serangan perlu lebih tajam bagi memberikan peluang cerah ke separuh akhir Piala AFC nanti

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)