Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan suku akhir pertama Piala AFC 2015 – Pahang vs FC Istikol

Selepas kecewa hanya menjadi naib johan Liga Super 2015, pasukan Pahang perlu mencari keputusan positif dalam perlawanan suku akhir pertama Piala AFC.
Perlawanan suku akhir ini menemukan Pahang dengan wakil dari Takijistan, FC Istikol.

Pasti pasukan Pahang ingin mengembalikan semula moral pemain-pemain yang agak merudum pada penghujung Liga Super 2015.
Pertahanan import kental Pahang, Damion Stewart dalam temuramah dengan ESPN FC menyatakan bahawa pasukannya telah bersedia untuk merebut trofi Piala AFC.

istiklol_pahang_pc_8x4

Pada perlawanan malam ini, sedikit kegusaran kerana penyerang sensasi Dickson Nwakaeme tidak diturunkan kerana mengalami kecederaan. Keputusan samada menang atau seri adalah sesuatu yang diinginkan di tempat lawan.
Bekalan selesa perlu dibawa pulang bagi perlawanan kedua di Stadium Darul Makmur pada 16 September nanti.

Jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan lebih mementingkan permainan selamat pada perlawanan pertama. Ini kerana pasukan Istiklol merupakan pasukan yang bagus.
Apakah mampu pasukan Pahang melakukan kejutan di Tajikistan sekaligus membawa bekalan selesa di Pahang?

Keputusan Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala AFC 2015 – Pahang vs FC Istikol

Istikol vs Pahang 4-0

** Pasukan Pahang menghadapi laluan sukar untuk mara ke separuh akhir setelah tunduk dengan angka yang besar. Namun segalanya mungkin jika skuad kendalian Zainal Abidin Hassan bermain berhabis-habisan di Stadium Darul Makmur nanti

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)