LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan suku akhir pertama 28 September 2012 – ATM vs Negeri Sembilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan suku akhir pertama pada hari ini menemukan pasukan Angkatan Tentera Malaysia menentang Negeri Sembilan. Perlawanan diadakan pada pukul 8.45 malam di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Siaran langsung perlawanan ATM vs Negeri Sembilan akan disiarkan oleh ASTRO Arena 801.
Pastinya perlawanan ini akan menjadi satu pertembungan yang hebat lebih-lebih lagi separuh dari pemain ATM merupakan bekas pemain Negeri Sembilan. Kelebihan mungkin nampak berpihak kepada ATM namun pasukan bimbingan Azrai Khor pasti akan cuba bermain sehabis baik untuk mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi pada tahun lepas.

Apapun kita saksikan perlawanan ini samada di stadium atau di siarkan tv.

Berikut merupakan keputusan perlawanan suku akhir pertama ATM vs Negeri Sembilan

ATM vs N.Sembilan 3-2 (0-0)
Kesebelasan Utama ATM vs N.Sembilan
ATM XI – Farizal H, Irwanfadli, Aidil, Azmi, Fitri, Zaquan, Rezal Zambery, Bruno, Jayaselan, Marlon, Hai O(C).

N.Sembilan XI – Farizal M, Farbak, Azmeer, Rashid, Kuna, Shukor(C) Derih, Thanaraj, Shahruain, Effa + Khairul Izuan .

Ulasan Separuh Masa Pertama
Separuh Masa Pertama agak seimbang antara kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan mempunyai peluang seimbang namun gol masih tidak mampu dihasilkan. Terdapat beberapa peluang dari ATM yang mengenai palang dan berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Farizal Marlias namun pasukan Negeri Sembilan juga mempunyai peluang cuma kegopohan penyerang yang tidak menyempurnakan peluang.

Separuh Masa Kedua
ATM minit 55 (Christie Jayaseelan)
ATM minit 61 (Bruno Marteloto)
N.Sembilan minit 73 ( Firdaus Azizul)
ATM minit 80 (Hairudin Omar)
N.Sembilan minit 89 (Shakir Ali)

Perlawanan pada separuh masa kedua seimbang dan kedua-dua pasukan berusaha menjaringkan gol hingga terhasil 5 gol dari kedua belah pihak.

Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa…

Sekian

p/s :- Sambil tu kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Raja Bola , Tan Sri Ghani Minhat yang telah meninggal dunia pagi 28/9/2012 pada usia 77 tahun.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan perlawanan suku akhir pertama 28 September 2012 – ATM vs Negeri Sembilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)