LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan Suku AKhir Liga Hoki Dunia 2013 – Malaysia menentang Jerman

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari ini berlangsung perlawanan hoki antara pasukan hoki negara menentang Jerman. Perlawanan antara Malaysia menentang Jerman yang berlangsung di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru pada jam 9.30 malam. Perlawanan ini amat penting bagi skuad negara bagi mencari satu dari 3 slot untuk ke perlawanan Hoki Piala Dunia 2014.
Menentang pasukan Jerman pasti bukan sesuatu yang mudah kerana pasukan ini berada dalam ranking pertama hoki dunia dan juga pasukan yang memenangi emas Sukan Olimpik. Meskipun atas kertas, ia nampak sukar tetapi tiada yang mustahil seandainya skuad bimbingan Paul Revington mampu memberikan aksi terbaik untuk menewaskan skuad Jerman itu.

Dengan barisan pemain muda dan senior pastinya skuad ini mempunyai kekuatan sendiri dan tidak mustahil jika mampu membenam skuad lawan. Ditambah dengan sokongan penyokong tempatan pasti menjadi tonik untuk pemain-pemain beraksi dengan baik.
Walaupun sedar rintangan yang bakal dihadapi namun ketua jurulatih, Paul Revington yakin bahawa anak buahnya mampu mencatat keputusan memberangsangkan sekiranya pemain mampu beraksi hebat seperti ketika di perlawanan akhir Piala SUltan Azlan Shah menentang Australia pada tahun ini. Keyakinan dari jurulatih terhadap anak buahnya memang patut dicontohi oleh sukan lain.

Mampukah skuad hoki negara menumbangkan skuad Jerman sekaligus mencerahkan peluang untuk mendapatkan slot ke kejohanan hoki Piala Dunia pada tahun hadapan ?

Siaran langsung perlawanan Liga Hoki Dunia 2013 – Malaysia vs Jerman

Siaran langsung antara Malaysia menentang Jerman ini akan disiarkan oleh ASTRO Arena 801 dan Supersport 810 pada jam 9.30 malam.

Keputusan perlawanan suku akhir Liga Hoki Dunia 2013 – Malaysia lwn Jerman
Malaysia lwn Jerman 0-6 (0-6)
Jerman : 5′ Christopher Zeller
Jerman : 8′ Linus Butt
Jerman : 10′
Jerman : 12′ Christopher Zeller
Jerman : Fuerste
Jerman : Stralkowski

** Agak malang apabila pasukan negara kalah dengan keputusan 0-6. Walaupun ketinggalan pada separuh masa pertama, skuad negara cuba bangkit dan mempamerkan persembahan yang lebih baik pada separuh masa pertama. Kelekaan pada awal pertama menyebabkan gawang skuad hoki negara dibolosi dengan mudah. Apapun pasukan negara perlu memperbaiki kelemahan yang berlaku dalam kejohanan ini. Masih ada peluang untuk pasukan negara melayakkan diri ke hoki Piala Dunia 2014 dengan memenangi kejohanan hoki Asia pada tahun ini..

Sekian

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan perlawanan Suku AKhir Liga Hoki Dunia 2013 – Malaysia menentang Jerman

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)