post

Keputusan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 5 Oktober 2013

Hari ini berlangsung 2 lagi perlawanan bolasepak peringkat suku akhir kedua bagi kejohanan Piala Malaysia 2013. Setelah 2 pasukan iaitu ATM dan Pahang sah ke perlawanan separuh akhir, 2 lagi pasukan dicari dalam 2 perlawanan pada malam ini.
2 perlawanan adalah antara Kelantan menentang Johor DT dan perlawanan antara Sarawak menentang Sime Darby.

Perlawanan antara Kelantan menentang Johor DT akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada jam 8.45 malam. Pasukan pelawat, Johor DT mempunyai kelebihan dengan aggregat 4-2 namun ia bukan tugas mudah kerana pasukan Kelantan selaku tuan rumah mampu ke peringkat seterusnya sekiranya mampu menumbangkan JDT dengan keputusan sekurang-kurangnya 2-0 atas kapasiti gol ditempat lawan. Pasti perlawanan ini cukup hangat kerana kedua-dua pasukan saling bersaing dan mempunyai penyokong yang ramai. Cuma diharap tiada berlaku kekecohan di padang dan diharap semangat kesukanan akan diamalkan oleh penyokong kedua-dua pasukan.

Satu lagi perlawanan adalah antara Sarawak menentang Sime Darby yang berlangsung di Stadium Kuching pada jam 8.45 malam. Kedua-dua pasukan yang menjuarai dan menjadi naib johan Liga Perdana 2013 pasti ingin meneruskan langkah ke separuh akhir sekaligus membuktikan yang mereka setanding dengan pasukan di Liga Super. Kedua-dua pasukan terikat dengan aggregat 0-0 pada perlawanan tempohari dan pasukan yang menang pasti akan ke separuh akhir. Atas kertas, Sarawak mempunyai kelebihan kerana aksi di tempat sendiri sering memihak kepada skuad Sarawak ni namun bola itu bulat. Sekiranya pasukan Sime Darby mampu mengelakkan kekalahan dan berjaya menjaringkan gol pasti mereka mampu ke peringkat seterusnya.

sime darby
how to do a screenshot on a pc

Gambar Hiasan – Penyerang Import Sime Darby – Karlo Primulac

Siaran langsung perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 5.10.2013

Perlawanan antara Kelantan menentang Johor DT disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801. Perlawanan antara Sarawak menentang Sime Darby pula disiarkan oleh TV1 pada jam 8.45 malam ini.

Keputusan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 5.10.2013

Keputusan Semasa

Kelantan vs Johor DT 6-1 (3-1) [Aggregat 8-5]
Kelantan minit 19 : Norfarhan
Kelantan minit 32 : Badri Radzi
Johor DT minit 42 : Safee
Kelantan minit 44 : Obinha
Kelantan minit 46 : Dickson
Kelantan minit 62 : Norfarhan
Kelantan minit 89 : Indra Putra Mahyudin

Sarawak vs Sime Darby 3-1 (1-1) [Aggregat 3-1]
Sime Darby minit 4 : Asrol
Sarawak minit 26 : Muamer Salibasic
Sarawak minit 55 : Muamer Salibasic
Sarawak minit 84 : Muamer Salibasic

** Tahniah kepada pasukan Kelantan dan Sarawak yang akan ke separuh akhir Piala Malaysia 2013 nanti. Pasukan Kelantan akan bertemu ATM manakala Sarawak akan menentang Pahang…

Sekian

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.