LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2014 – PDRM vs Pahang

Selepas pasukan Kedah dan Felda berjaya ke separuh akhir, 2 lagi perlawanan menantikan pemenangnya. Pada hari ini, terdapat satu perlawanan menemukan antara PDRM menentang Pahang manakala satu lagi perlawanan iaitu Johor DT menentang Terengganu akan berlangsung pada 16 Oktober 2014.
Perlawanan malam ini pasti menjadi tumpuan kerana keputusan perlawanan sebelum ini agak seimbang apabila terikat 1-1. Kedua-dua pasukan pastinya akan cuba sedaya upaya untuk memenangi perlawanan ini bagi menempah tiket ke perlawanan separuh akhir dan selangkah untuk ke akhir.

Pasukan PDRM yang juga Juara Liga Perdana pasti ingin mengejutkan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan sekaligus menyaksikan dominasi pasukan dari Liga Perdana dalam Piala Malaysia 2014 ini. Namun Pahang pasti tidak ingin kecewa di peringkat ini. Pastinya mereka ingin mencari gol awal sekaligus memastikan kemenangan pada pasukan mereka.
Perlawanan antara PDRM menentang Pahang ini berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam ini.

Keputusan Perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia 2014 – PDRM vs Pahang

pdrm pahang
free image hosting

PDRM vs Pahang 1-2 [ Aggregat : 2-3]
17′ Fauzi Majid (PDRM)
76′ Zash Rahman (PAH)
90′ Fauzi Roslan (PAH)
** Pahang berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia 2014 selepas menumbangkan pasukan PDRM melalui jaringan pada minit-minit terakhir.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)