LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan suku akhir kedua Piala FA Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Perlawanan bolasepak suku akhir kedua Piala FA berlangsung pada hari ini. Keputusan perlawanan pada hari ini akan menentukan pasukan yang akan melangkah ke separuh akhir kejohanan piala FA Malaysia ini. Pasti pemburuan untuk mencari piala ini akan diteruskan oleh pasukan-pasukan yang bertanding.
Terdapat 2 perlawanan pada petang manakala 2 lagi perlawanan pada sebelah malam. Perlawanan antara Sime Darby menentang Pahang dilangsungkan di Stadium MP Selayang pada jam 4.15 petang. Pasukan yang menang dalam perlawanan ini akan ke separuh akhir memandangkan agregat masih terikat 0-0.
Perlawanan Terengganu menentang Negeri Sembilan berlangsung di Stadium Sultan Ismail dan berlangsung pada 4.15 petang. Pasukan Terengganu selaku tuan rumah pasti mempunyai kelebihan kerana mendahului secara aggregat dengan 3-1. Kesempatan bermain di tempat sendiri pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya, namun pasukan N.Sembilan pasti akan cuba sedaya upaya untuk melakukan keputusan ajaib.
Perlawanan antara Sarawak menentang Kelantan pula berlangsung di Stadium Negeri, Kuching pada jam 8.15 malam. Keputusan perlawanan yang memihak Kelantan tidak cukup. Ini kerana keputusan Kelantan menang 2 gol berbalas 1 pasti memberikan kesempatan kepada Sarawak yang bermain di gelanggang sendiri. Pasti Sarawak akan bersemangat dengan sokongan padu penyokong sendiri sekaligus cuba menyingkirkan juara edisi 2012 ini.
Perlawanan antara Selangor menentang Johor DT berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada jam 8.45 malam. Sedikit kelebihan pada tuan rumah apabila menang 2-1 di tempat lawan tempohari namun ia masih belum selesa kerana pastinya Harimau Selatan tidak akan mengaku kalah.

Siaran langsung suku akhir kedua Piala FA Malaysia

Perlawanan antara Sime Darby menentang Pahang disiarkan secara langsung di ASTRO Arena pada jam 4.00 petang. Perlawanan Selangor menentang Johor DT disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena bermula jam 8.00 malam.
piala-fa-16-april-2013

Berikut merupakan keputusan perlawanan suku akhir kedua Piala FA 16 April 2013

suku akhir piala fa2013
upload foto

Keputusan penuh suku akhir kedua Piala FA 2013
Sime Darby vs Pahang 0-2 (0-0) [ Agg : 0-2 (0-0) ]
Pahang minit 71 :Matias
Pahang minit 80 : Matias

Terengganu vs N.Sembilan 3-0 ( 1-0 ) [ Agg : 6-1 (3-1)]
Terengganu minit 25 : Ashaari Samsudin
Terengganu 57 : Effa Owana
Terengganu minit 71 : Effa Owana

** Tahniah kepada pasukan Pahang dan Terengganu yang berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir setelah kemenangan petang tadi.

Keputusan semasa
Sarawak vs Kelantan (0-2) [Agg: 1-4 (1-2)]
Kelantan minit 19 : Indra Putra
Kelantan minit 30 : Norfarhan
** Kelantan berjaya ke separuh akhir.

Selangor vs JOhor DT (1-2) [Agg : 3-3 (2-1)] ** Masa tambahan **1-2 ( 1-2 )
Selangor minit 28 : Mahali Jasuli
Johor DT minit 66 : Nunez
Johor DT minit 87 : Nunez
** Penentuan Sepakan Penalti setelah kedua-dua pasukan terikat dengan aggregat 3-3 **
* Johor DT menang sepakan penalti dengan keputusan 4-2
Gol Penalti (Selangor : ( Berjaya – Asarudin, Amri Yahya ; Gagal – Mahali, K Gurusamy))
Gol Penalti (Johor DT : (Berjaya – Nunez, Safee, Andre, Farid)
** Tahniah kepada pasukan Johor DT yang berjaya ke separuh akhir. Hebat juga Nunez ni walaupun perut agak boroi di situ.

Sekian

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Keputusan perlawanan suku akhir kedua Piala FA Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)