Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2014

Hari ini berlangsungnya perlawanan suku akhir kedua Piala FA. 8 pasukan akan berentap untuk memburu 4 slot ke separuh akhir. Perlawanan timbal balik suku akhir ini pasti menjanjikan saingan menarik.
Pasukan Kedah akan melayani skuad Johor Darul Takzim dimana skuad Kenari ini menghadapi tugas getir setelah tumpas 1-3 di gelanggang lawan. Walaubagaimanapun, pasti mereka ingin membuktikan kemampuan untuk menumbangkan pasukan Harimau Selatan yang dibarisi pemain ternama ini.

Perlawanan antara PKNS menentang Kelantan juga pasti menjanjikan saingan sengit yang berlangsung di Stadium Selayang. Kelantan selaku penyandang juara hanya memiliki kelebihi 1 gol selepas menang 3-2 pada suku akhir pertama di gelanggang sendiri tempohari. PKNS yang memerlukan hanya 1-0 pasti akan cuba memburu gol seawal mungkin untuk memudahkan mereka layak ke separuh akhir.
Perlawanan antara skuad Sarawak menentang Felda pula seperti memberi kelebihan kepada skuad tuan rumah di Stadium Kuching. Selepas hanya seri 0-0 pastinya sukar untuk skuad Felda melakukan kejutan di gelanggang keramat pasukan lawan itu.
Perlawanan antara Pahang menentang PDRM berlangsung di Stadium Darul Makmur. Dari segi aggregat agak seimbang apabila kedua-dua pasukan terikat dengan 1-1 pada perlawanan tempohari cuma kelebihan pada pasukan Pahang yang bermain di gelanggang sendiri.

Siaran langsung perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2014

Perlawanan antara Kedah menentang Johor DT akan disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 pada jam 8.45 malam manakala perlawanan antara PKNS menentang Kelantan disiarkan oleh TV1 pada jam 8.45 malam.

Keputusan perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2014

Keputusan Penuh
Sarawak vs Felda 2-2 (1-1) Agg (2-2)
Kalang Tie 11′ (Sarawak)
Zah 36′ (Felda)
Akmal 80′ (Sarawak)
Indra Putra 82′ (Felda)
** Kejutan apabila skuad Felda berjaya ke separuh akhir Piala FA 2014 selepas mengikat Sarawak 2-2 dan layak atas kelebihan gol di tempat lawan

Kedah vs Johor DT 0-2 (0-0) Agg (1-5)
Norshahrul Idlan Talaha 62′ (JDT)
Safee Sali 85′ (JDT)
** JDT layak ke separuh akhir dengan aggregat 5-1.

PKNS vs Kelantan 3-3 (2-2) Agg (5-6)
Patrick Ronaldinho 3′ (PKNS)
Fakri 10′ (Kelantan)
Shakir Ali 26′ (Kelantan)
Karlo Primorac 43′ (PKNS)
Hamka 71′ (PKNS)
Ghadar 73′ (Kelantan)
** Kelantan layak ke separuh akhir dengan aggregat 6-5

Pahang vs PDRM 2-1 (1-0) Agg (3-2)
Fauzi Roslan 40′ (Pahang)
Chad 52′ (PDRM)
Hafiz Kamal 90′ (Pahang)
**Pahang layak pada saat akhir dengan gol Hafiz Kamal dengan aggregat 3-2

Tahniah kepada pasukan yang berjaya.. Perlawanan separuh akhir akan menemukan Pahang menentang JDT dan Kelantan menentang Felda

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)