post

Keputusan perlawanan suku akhir ke 2 Piala Malaysia 4 Oktober 2013

Hari ini berlangsung 2 perlawanan suku akhir ke 2 Piala Malaysia 2013 bagi menentukan pasukan mana yang akan membawa cabaran ke Separuh Akhir Piala Malaysia 2013. 2 lagi perlawanan akan berlangsung pada esok (Sabtu). 2 perlawanan pada malam ini melibatkan pasukan ATM menentang Lions XII dan perlawanan antara PKNS menentang Pahang.
Perlawanan antara ATM menentang Lions XII berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada jam 8.45 malam. Perlawanan ini pasti hangat memandangkan kedua-dua pasukan hanya dipisahkan dengan 1 gol sahaja dimana berpihak kepada Lions XII. Namun ia bukan bekalan selesa untuk skuad dari Singapura itu apabila pasukan ATM masih berpeluang untuk layak sekiranya berjaya menumbangkan skuad lawan dengan kelebihan 2 gol. Walaubagaimanapun pasti ia bukan tugas mudah bagi kedua-dua pasukan yang menginginkan piala teragung itu.

pahang
windows 7 print screen

Manakala perlawanan antara skuad PKNS menentang PAhang yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 8.45 malam pasti akan menjadi pertarungan yang hebat. Kedua-dua pasukan masih berpeluang apabila skuad PKNS hanya tumpas 2-3 pada Pahang pada perlawanan tempohari.

Pasukan manakah yang akan ke separuh akhir Piala Malaysia 2013 nanti?

Keputusan perlawanan suku akhir ke 2 Piala Malaysia 4.10.2013

Keputusan Penuh

ATM vs Lions XII4-1 (2-1) Aggregat : 4-2
ATM minit 23 : Harris Harun (gol sendiri)
ATM minit 33 : Marlon Alex James
Lions minit 49 : Hafiz Sujad
ATM minit 76 : Marlon Alex James
ATM minit 83 : Marlon Alex James

PKNS FC vs Pahang 1-2(0-1) Aggregat : 3-5
Pahang minit 28 : Matias Conti
Pahang minit 60 : Azamudin Akil
PKNS minit 65 : Azrin

Please follow and like us:
error0

6 thoughts on “Keputusan perlawanan suku akhir ke 2 Piala Malaysia 4 Oktober 2013

    • hehehehe.. legend tu… masa dia main dulu tak nampak stress. bila jadi coach ni memang camtu.. dia ngan kawan dia

Leave a Reply to blogger lelaki Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.