Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia – ATM menentang Kelantan

Kejohanan bolasepak terulung Malaysia iaitu Piala Malaysia 2013 hanya selangkah lagi untuk ke perlawanan akhir. 4 pasukan akan bertarung bagi menentukan pasukan yang akan ke perlawanan akhir sekaligus menjulang Piala Malaysia 2013. Pada hari ini perlawanan antara ATM menentang Kelantan akan berlangsung.
Perlawanan antara ATM dan Kelantan ini pasti mengimbau kembali persaingan dua pasukan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 yang lalu. Pasukan ATM yang tumbang di perlawanan tersebut pasti ingin menebus kekalahan tersebut dengan memastikan kemenangan selesa di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Namun pasukan Kelantan bukan pasukan yang mudah untuk ditumbangkan. Pasti mereka ingin mendapatkan bekalan selesa sebelum pulang ke stadium keramat mereka di Kota Bharu.

ATM kelantan
image hosting 10mb limit

Kredit Gambar : FB Bolasepak Malaysia

Pastinya kedua-dua pasukan akan bermain berhabis-habisan untuk ke perlawanan akhir berturut-turut. Kedua-dua penyerang import bagi kedua-dua pasukan iaitu Marlon Alex James (ATM) dan Dickson Nwakame (Kelantan) menjadi sandaran untuk merobek gawang lawan. Begitu juga jentera tengah kedua-dua pasukan yang akan dikemudi oleh pemain berpengalaman seperti Martelo bagi ATM manakala Badri Radzhi bagi pasukan Kelantan. Pasukan manakah yang akan mendapat bekalan selesa sebelum perlawanan kedua? Kita saksikan dan lihat perlawanan tersebut.

Siaran langsung perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 18.10.2013 – ATM vs Kelantan

Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 ATM menentang Kelantan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada jam 8.45. Perlawanan ini disiarkan secara langsung di kaca TV oleh rangkaian ASTRO Arena 801 dan TV1.

Keputusan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 18.10.2013 – ATM vs Kelantan

Keputusan Penuh

ATM vs Kelantan 1-2 (1-1)
Kelantan minit 14 : Badri Radzhi
ATM minit 18 : Christie Jayaseelan
Kelantan minit 79 : Norfarhan

badri radzhi score atm kelantan
screenshot app

Badri Radzhi menjaringkan gol pertama Kelantan

** Tahniah kepada pasukan Kelantan yang berjaya menang di tempat lawan. Mereka hanya selangkah lagi untuk ke perlawanan akhir. Kita tunggu perlawanan pada hari Sabtu minggu depan di Kota Bharu, Kelantan

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia – ATM menentang Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)