LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 2016

Kejohanan bola sepak tertua Malaysia, Piala Malaysia untuk tahun 2016 semakin menghampiri ke penghujungnya. 4 pasukan bertarung bagi merebut slot ke perlawanan paling berprestij ini.
2 pasukan kelab dan 2 pasukan negeri bertarung untuk dalam perlawanan separuh akhir iaitu Kedah menentang PDRM dan Selangor menentang T-Team.

Perlawanan antara Kedah menentang PDRM yang berlangsung pada Jumaat lalu menyaksikan Kedah selaku tuan rumah menang 2-1 menentang PDRM. Menariknya, ketiga-tiga gol tersebut dijaringkan melalui sepakan penalti.
Pemain import Kedah, Thiago Agusto menjaringkan gol pada minit ke 8 namun Guillermo De Paulo menyamakan kedudukan pada minit ke 11 sebelum Liridon Krasniqi memberikan gol penalti terakhir perlawanan pada minit ke 80.
Walaupun Kedah menang pada separuh akhir pertama namun tekanan pasti kepada mereka kerana akan bertandang ke gelanggang lawan selepas ini. Dengan jaringan gol di tempat lawan, PDRM boleh ke peringkat akhir sekiranya menang dengan keputusan 1-0 atau lebih.

Perlawanan antara Selangor menentang T-Team pula menyaksikan pasukan tuan rumah menang dengan keputusan 2-1. Pasukan T-Team mengejutkan pasukan tuan rumah apabila mendapat sepakan penalti yang tenang disempurnakan pemain import Santos Dos Cruz pada minit ke 22. Penyerang Selangor, Ahmad Hazwan Bakri berjaya menyamakan kedudukan pada minit terakhir perlawanan separuh masa pertama. Pemain pertahanan Selangor , Ukah menjaringkan gol pada minit ke 80 selepas mendapat peluang di dalam kotak penalti hasil tendangan percuma Andik Vermansyah.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)