LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 Pahang lawan Sarawak

Hari ini berlangsung satu lagi perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 bagi menentukan pasukan yang layak ke akhir Piala Malaysia 2013. Selepas perlawanan antara skuad ATM menentang Kelantan pada semalam yang memihak kepada pasukan pelawat, pasti perlawanan kedua ditunggu terutama oleh peminat pasukan masing-masing.
Perlawanan antara Pahang menentang Sarawak akan menjanjikan saingan sengit. Pasukan Pahang pasti ingin memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri bagi mendapatkan bekalan selesa manakala Sarawak pasti akan sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan terbaik untuk dibawa ke Kuching pada 26 Oktober nanti. Kedua-dua pasukan tampak ingin melangkah ke akhir Piala Malaysia bagi mengecap nikmat menjulang piala berprestij itu.

Skuad Pahang yang dikemudi oleh jurulatih Dollah Salleh pasti akan mengharapkan jentera serangan yang dikemudi penjaring import mereka iaitu Matias Conti manakala Sarawak mempunyai penyerang import berbahya iaitu Muamer Salibasic. Perlawanan malam ini pasti akan memperlihatkan kemampuan pemain tengah seperti Amirul Hadi Zainal Hafiz Kamal untuk Pahang manakala Joseph KalangSafrol Saperi dari Sarawak. Pasukan yang mengawal jentera tengah pasti mempunyai kelebihan untuk mendapatkan gol sekaligus memberikan keselesaan pada perlawanan kedua.

Berdasarkan kegagahan di gelanggang sendiri, Pahang mempunyai kelebihan namun masalah kelemahan jentera pertahanan pasti memberi kesan kepada skuad Tok Gajah ini. Manakala skuad Bujang Senang pasti ingin membalas dendam terhumban ke Liga Perdana pada tahun ini kerana tumbang pada perlawanan playoff pada tahun lepas.

Namun ianya sudah menjadi sejarah, perlawanan pada malam ini akan memberikan kelebihan kepada pasukan masing-masing.

taking a screen shot

Siaran langsung perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 19.10.2013 – Pahang vs Sarawak

Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 19.10.2013 antara Pahang menentang Sarawak berlangsung di Stadium Darulmakmur, Pahang pada jam 8.45 malam. Perlawanan antara Pahang melawan Sarawak ini disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801 dan TV1.

Pasukan manakah yang akan menang atau mendapat keputusan baik? Kita saksikan perlawanan malam ini.

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia 19.10.2013 – Pahang vs Sarawak

Pahang vs Sarawak 3-1 (3-1)
Pahang minit 29 : Azamuddin Akhil
Pahang minit 33 : Azamuddin Akhil
Pahang minit 37 : Matias Conti
Sarawak minit 39 : Shahrol Saperi

** Tahniah kepada pasukan Pahang. Namun ia bukan keputusan selesa untuk dibawa oleh skuad Pahang untuk dibawa ke Kuching manakala skuad Sarawak mempunyai peluang untuk membalas dendam pada separuh akhir kedua nanti.

Sekian

11 thoughts on “Keputusan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 Pahang lawan Sarawak

  1. semalam sempat juga saya tengok perlawanan ini di TV. saya suka jaringan

    Pahang minit 37 : Matias Conti
    Sarawak minit 39 : Shahrol Saperi

  2. misi hidup mati untuk sarawak dalam erti kata yang lain, harus dapatkan gol yang bermakna untuk mara keseparuh akhir lebih kurang 2-0, 3-1 ke… jangan jadi macam jdt hari tuh sudah… teruk kena bantai bila main dekat kelantan…. kecewa beb… tapi pasti perlawanan berbeza keadaannya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.