Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA 2015

Minggu ini perlawanan Liga Super berehat bagi memberikan laluan kepada perlawanan separuh akhir Piala FA 2015.
4 pasukan akan bertarung untuk mendapatkan bekalan selesa sebelum perlawanan separuh akhir kedua pada 16 Mei nanti.

Pasukan juara bertahan, Pahang akan menentang pasukan Kelantan di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada jam 8.45 malam.
Pahang pasti ingin mendapatkan kemenangan di tempat sendiri namun ia bukan tugas yang mudah. Walaupun pasukan The Red Warrior agak terumbang ambing dalam saingan Liga Super namun dengan kemasukan pertahanan, Amiridzwan Taj pasti akan membantu skuad kendalian Azraai Khor Abdullah.
Pasukan Pahang pasti akan terus mempertaruhkan kekuatan penyerang import mereka iaitu Matias Conti dan Dickson Nwakaeme untuk membolos gawang lawan.
Perlawanan pastinya sengit apatah lagi kedua-dua pasukan mempunyai penyokong tegar yang akan menghangatkan lagi perlawanan pada malam ini.

Perlawanan antara Lions XII menentang pasukan Terengganu akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura pada jam 7.45 malam. Pasukan Lions XII sudah pasti akan menggunakan sehabis baik peluang bermain di gelanggang keramat untuk mendapatkan gol dan mengelakkan dibolosi. Pasukan Terengganu yang kehilangan penyerang sensasi, Paulo Rangel akibat hukuman penggantungan akan mengharapkan gandingan penyerang seperti Norshahrul Idlan Talaha untuk mendapatkan gol.
Sudah pasti kedua-dua jurulatih mempunyai strategi tersendiri bagi memastikan pasukan mempunyai kelebihan dibawa pada perlawanan kedua nanti.

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA 2015

Lions XII vs Terengganu (2-1) 2-1

30′ Khairul Nizam (LNS)
34′ Faris Ramli (LNS)
39′ G. Lopez (TRG)

Pahang vs Kelantan (1-0) 1-0

2′ Matias Conti (PAH)

** Kedua-dua pasukan tuan rumah menang tipis ke atas pasukan lawan. Pasti perlawanan separuh akhir kedua akan menjadi lebih menarik.

6 thoughts on “Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala FA 2015

  1. Peluang masih terbuka utk kelantan dan terengganu.

    Pahang tak ambil peluang sepenuhnya bermain di tempat sendiri.

    Lions mmg akan hebat di laman sendiri.

    Doakan final skuad dari pantai timur yang berentap sesama sendiri!

  2. Tahniah kepada pasukan pahang dan Lions XII di atas kemenangan dalam perlawanan masing-masing… Biasanya tuan rumah ada kelebihan bermain di tempat sendiri…

  3. sengit nampaknya.. harapnya semi final second leg ada kebangkitan dan juga aksi2 yang menarik untuk ditonton bersama…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.