post

Keputusan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2014 – Malaysia vs Vietnam

Kejohanan bolasepak peringkat ASEAN yang menjadi rebutan bagi pasukan bertanding. Pasukan Harimau Malaya bimbingan Dollah Salleh kini memasuki fasa peringkat separuh akhir. Perlawanan yang diadakan secara timbal balik ini amat penting bagi skuad negara untuk mendapat bekalan selesa sebelum bertandang ke gelanggang lawan di Vietnam.

Pasukan Malaysia yang akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan pertama di Stadium Shah Alam pasti perlu memanfaatkan sepenuhnya beraksi di gelanggang sendiri. Walaupun beraksi di gelanggang sendiri namun Vietnam merupakan pasukan yang hebat. Corak permainan pantas oleh skuad Vietnam pasti akan memberi kesukaran bagi skuad negara namun pemain Harimau Malaya perlu kekal displin dalam mengharungi perlawanan yang mendebarkan pada malam ini.

Berdasarkan rekod pertemuan di Piala AFF Suzuki sejak 1998, skuad Malaysia hanya menang 2 kali manakala Vietnam menang 3 kali dan keputusan seri 2 kali.

Penggantungan 2 tonggak iaitu Shukor Adan dan Amri Yahya mungkin memberi sedikit kegusaran kepada skuad Malaysia namun diharap penggantinya akan memberikan aksi terbaik pada perlawanan separuh akhir nanti.

Ramalan Kesebelasan Utama Ligakampung.com :- Khairul Fahmi, Zubir, Fadhli Sas, Muslim, Mahali, Safiq, Gary, S Kunalan, Azamudin Akil, Norshahrul, Safee

Ramalan Keputusan : Malaysia 2 Vietnam 0

Keputusan perlawanan separuh akhir Piala AFF 2014 – Malaysia lwn Vietnam

Malaysia lwn Vietnam 1-2
Kesebelasan Utama (MAS) : Khairul Fahmi, Muslim, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Mahali, Safiq(C), Kunanlan, Alex, Hafiz (Gary), Norshahrul (Manaf), Safee.
Kesebelasan Utama (Vietnam) : Nguyen; Ngoc Hai, Phuoc Tu, Thanh, Van Bien; Huy Toan, Huy Hung, Hoang, Thanh Luong, Van Quyet, Cong Vinh (C)
13′ Safiq Rahim (MAS)
31′ Vo Huy Toan (VIE)
60′ Van Quyet Nguyen(VIE)
** Pasukan Malaysia tumpas di tempat sendiri.. Perjalanan yang agak sukar untuk dibawa bekalan di Vietnam nanti..

Please follow and like us:
error0

7 thoughts on “Keputusan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2014 – Malaysia vs Vietnam

  1. Sakit hati tengok game Malaysia tadi macam hampas. Aku rasa semua orang pun sama. Penyerang hancur, passing bola pun teruk. Tukar jer la penyerang Malaysia tu, tak fungsi langsung. Rasa banyak aku maki tadi. Fuh….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.