LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala AFC 2015 – JDT bawa bekalan satu gol tempat lawan

Pasukan JDT, selaku pasukan tunggal dari Malaysia yang berjaya ke separuh akhir Piala AFC 2015 ingin melangkah lebih jauh lagi.
Perlawanan separuh akhir menemukan antara Johor Darul Ta’zim bertemu juara bertahan dari Kuwait, Qadsia SC. Pasti bukan tugas mudah untuk berdepan pasukan dari Asia Barat yang mempunyai fizikal yang lebih tegap dan besar.
Namun ia bukan penghalang untuk pasukan JDT untuk meneruskan impian mara hingga ke akhir.

Perlawanan separuh akhir pertama antara pasukan JDT menentang Qadsia SC yang telah berlangsung pagi tadi waktu tempatan berkesudahan dengan JDT tumpas 1-3 di Stadium Al-Kuwait Sports Club.
Walaupun tumpas namun pasukan JDT masih berpeluang untuk mara. Satu gol yang dikutip di gelanggang lawan ini boleh menjadi bekal untuk pasukan JDT mara ke akhir.
Keputusan 2-0 sudah cukup untuk memberikan kemaraan ke akhir sekiranya skuad JDT berjaya bertahan di gelanggang keramat di Stadium Larkin pada 20 Oktober ini.

johor-southern-tigers
Kesebelasan Utama pasukan JDT menentang Qadsia SC

Kredit Gambar : Johor Southern Tiger

Pada perlawanan pertama, pasukan JDT dibocori melalui set piece tendangan sudut yang disudahkan melalui tandukan oleh DOris Salomo pada minit ke 32. Sebelum masa pertama tamat, Aidil Zafuan dipersalahkan kerana menjatuhkan pihak lawan. B. Almotawaa menyempurnakan sepakan penalti yang diberi pada minit ke 42.
Pemain Qadsia SC terus menghukum kelalaian barisan pertahanan JDT melalui rembatan luar kotak oleh Seydouba Soumah pada minit ke 57. Ketika keputusan bakal berkesudahan kemenangan selesa untuk Qadsia, Amri Yahyah menyempurnakan peluang dengan melakukan lob cantik menumpaskan penjaga gol Qadsia SC pada minit ke 82.

Sememangnya peluang masih terbuka bagi pasukan JDT. Semoga pada perlawanan kedua nanti, jaringan awal perlu diperolehi seawal masa pertama. Selain itu, barisan pertahanan perlu berhati-hati dan kurangkan memberi peluang pada pasukan Qadsia yang mempunyai kelebihan dalam pertarungan di udara.
Kepada penyokong JDT, berilah sokongan yang tidak berbelah bagi. Juga jangan buat sesuatu yang menyalahi undang-undang walau apa jua keputusan berlaku pada peringkat kedua separuh akhir Piala AFC 2015 nanti. Semoga pasukan JDT mampu melakar kejutan sekaligus meningkatkan martabat bolasepak negara.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)