LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Pertama Kejohanan Hoki Piala TNB 2015

Kejohanan Hoki Piala TNB 2015 telah memasuki fasa separuh akhir. 4 pasukan bertarung sesama sendiri untuk mengesahkan slot ke perlawanan akhir nanti.
Perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung pada Selasa (15.9.2015) menemukan pasukan pilihan Kelab Hoki Terengganu (THT) menentang pasukan Maybank.

Kejutan berlaku pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil apabila pasukan Maybank melakukan kejutan menumpaskan pasukan THT dengan keputusan 5-3.
Maybank berjaya menjaringkan gol melalui pemain import Muhammad Irfan pada minit ke 15 sebelum disamakan oleh penyerang sensasi negara, Faizal Saari pada minit ke 17.

Pemain Maybank menentang THT
Pemain Maybank menentang THT

Irfan menjaringkan gol kedua melalui pukulan sudut penalti manakala Hafifi Hafiz minit 27 dan Syafiq Mohamed Zain menjaringkan gol pada minit ke 41 untuk menjadikan kedudukan 4-1.

Pasukan THT yang tersentak dengan jaringan itu merapatkan kedudukan melalui pemain kebangsaan Tengku Ahmad Tajuddin pada minit ke 45 dan Faizal Saari menjaringkan gol ketiga pasukan THT pada minit ke 50.
Maybank menjarakkan kedudukan pada minit ke 59 melalui Syafiq untuk memberi keputusan dengan 5-3.

Walaupun mendahului dengan 5-3 namun keputusan ini belum selamat bagi pasukan Maybank untuk bekalan pada pusingan kedua. Pada musim lepas Maybank berjaya menumbangkan THT dengan keputusan 3-2 sebelum dibelasah 1-6 pada pusingan kedua.

Satu lagi perlawanan separuh akhir pertama menemukan pasukan Sapura dengan naib juara Liga, KLHC. Pasukan KLHC terlalu kuat bagi pasukan Sapura apabila mereka tumpas dengan keputusan 0-6.
Pemain import Umar Bhutta menjaringkan hatrick pada minit 1, 12 dan 29 manakala Razie Rahim minit 30, Ahmnad Ajaz minit 54 dan Dedy Ariyadi pada mint ke 58. Keputusan ini memberikan peluang sebelah kaki bagi pasukan KLHC untuk cuba memenangi Kejohanan Hoki Piala TNB ini.

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)