Keputusan Perlawanan Separuh AKhir Liga Hoki Dunia : Malaysia tumbang di tangan Argentina

Nampaknya skuad hoki lelaki negara memulakan aksi dengan langkah kiri ketika aksi di Kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia 2017 di London, England. Perlawanan pertama menentang pasukan no 1 dunia, Argentina memang bukan satu tugas mudah.
Pasukan Malaysia yang menghuni tangga ke 14 dunia memerlukan keajaiban untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata bagi memberikan peluang untuk layak ke Piala Dunia.

Dalam aksi yang telah selesai sebentar tadi menyaksikan pasukan Malaysia beraksi baik apabila mampu bersaing dengan Argentina. Gol awal dijaringkan oleh pasukan Argentina melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan Gonzalo Peillat pada minit ke 4.
Hanya 3 minit selepas itu, Malaysia berjaya mendapatkan gol padang melalui penyerang Shahril Saabah. Namun sekali lagi pukulan sudut penalti menghantui Malaysia apabila Gonzalo Peillat menyempurnakan untuk gol pada minit ke 11.
Pasukan Malaysia yang mendapat sudut penalti pada minit ke 18 berjaya mendapatkan gol melalui Tengku Ahamad Tajuddin.

Namun Gonzalo Peillat sekali lagi membolosi gol Malaysia melalui pukulan sudut penalti pada minit ke 40 dan 47 sebelum Facundo Galloni menjaringkan gol padang pada minit ke 49. Walaupun barisan pemain Malaysia cuba melakukan serangan namun gol tidak dapat dihasilkan untuk tempoh 20 minit selepas itu.

gonzalo-peillat
Gonzalo Peillat, pakar pukulan sudut penalti yang menjaringkan empat gol menentang pasukan Malaysia

Walaupun tumpas namun pasukan Malaysia tetap memberikan tentangan. Mungkin pemain perlu mengelakkan memberikan terlalu banyak pukulan sudut penalti kepada pemain lawan serta memberikan tumpuan untuk menghalang asakan pemain lawan.

Selepas ini diharap prestasi pasukan memuncak untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kemenangan bagi melayakkan diri ke Piala Dunia. Elakkan kesilapan mudah kerana pasukan lawan akan menghukum pasukan negara.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Keputusan Perlawanan Separuh AKhir Liga Hoki Dunia : Malaysia tumbang di tangan Argentina

Leave a Reply