post

Keputusan Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2013 – Kelantan lawan ATM

Hari ini berlangsung perlawanan separuh akhir kedua bolasepak Piala Malaysia 2013 antara pasukan Kelantan yang dikenali sebagai ‘The Red Warrior’ menentang ATM yang diberi gelaran ‘The Gladiator’. Perlawanan yang akan menentukan skuad mana yang akan bertarung dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2013.

Skuad Kelantan yang bermain di gelanggang sendiri memiliki kelebihan beraksi di stadium keramat mereka tapi pasukan ATM bukan pasukan yang mudah dijinakkan. Malahan skuad ATM merupakan pasukan yang mencalar reputasi gah skuad bimbingan Bojan Hodak ketika Liga Super 2013 yang lalu.


Kelantan lawan ATM

Jika perlawanan pertama yang lalu, skuad Kelantan berjaya mendapatkan kemenangan dengan keputusan 2-1 namun kali ini pasti skrip berbeza. Kedua-dua pasukan akan mempamerkan persembahan yang mantap dan pastinya gol awal akan dicari oleh kedua-dua pasukan. Bagi Kelantan, gol awal boleh membunuh semangat skuad ATM manakala bagi ATM ia akan menambah motivasi untuk menambahkan gol seterusnya.
Pasukan Kelantan yang mempunyai gabungan barisan penyerang hebat diketuai oleh kereta kebal ‘Dickson Nwakame’ pasti ingin merobek gawang lawan. Namun pasti ada sesuatu yang dipelajari oleh B Sathianathan ketika perlawanan tempohari sekaligus mempunyai strategi terbaik untuk menghalang penyerang dari Nigeria itu dan memberikan peluang kepada penyerang berbisa Marlon Alex James untuk mencetak gol.

Yang pastinya perlawanan hari ini pasti menjanjikan saingan sengit umpama perlawanan akhir.

Siaran langsung perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 25.10.2013 – Kelantan vs ATM

Perlawanan antara Kelantan menentang ATM berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV pada jam 8.45 malam. Perlawanan ini disiarkan secara langsung di ASTRO Arena 801 dan TV1 pada jam 8.45 malam.

Keputusan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 25.10.2013 – Kelantan vs ATM

Kelantan lwn ATM 2-2 [ Aggregat 4-3 ]
ATM minit 18 : Marlon Alex James
ATM minit 35 : Marlon Alex James
Kelantan minit 82 : Fakri Saarani
Kelantan minit 86 : Badri Radzi

** Tahniah kepada pasukan Kelantan yang berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah mendapatkan gol pada 10 minit terakhir.

Sekian

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2013 – Kelantan lawan ATM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.