post

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala AFF 2014 – Malaysia vs Vietnam

Selepas perlawanan separuh akhir pertama tempohari yang menyaksikan skuad Harimau Malaya tumpas di gelanggang sendiri, tiba masanya perlawanan kedua timbal balik di gelanggang Vietnam.
Ketinggalan dengan aggregat 1-2 pada perlawanan sebelum ini bermakna skuad Harimau Muda perlu mengatasi pihak lawan dengan sekurang-kurangnya 2-0 untuk mara ke perlawanan akhir bertemu skuad Thailand yang telah menumpaskan Filipina 3-0. Tugas yang agak sukar bagi pasukan bimbingan Dollah Salleh untuk menang dengan jaringan yang besar dan mengelakkan bolos.

malaysia-vs-myanmar

Walaubagaimanapun, semangat Harimau yang tertera pada logo skuad Malaysia perlu menjadi pembakar untuk pemain bermain sehabis-habis. Tiada yang mustahil dalam perlawanan bolasepak sekiranya mereka bermain mengikut strategi dan perancangan yang telah diatur. Mungkin pasukan Vietnam mempunyai kelebihan dari segi kepantasan namun skuad Malaysia mempunyai pemain berpengalaman untuk mengawal perlawanan.

| Mampukah skuad Malaysia menang melawan Vietnam |

Diharap pemain negara akan lebih tenang dan tidak melakukan kesalahan yang memungkinkan tekanan pada pasukan. Elakkan mendapat kad kuning seawal separuh masa pertama dan dapatkan jaringan seawal mungkin. Gol pertama mungkin memberikan semangat sekaligus memberi tekanan kepada pihak lawan. Selepas itu, sudah pasti skuad negara mempunyai peluang untuk melangkah ke perlawanan akhir sekaligus bertemu Thailand yang menang tipis ke atas pasukan kebangsaan pada perlawanan peringkat kumpulan tempohari.

Perlawanan yang berlangsung pada malam ini di Stadium My Dinh pada jam 8.00 malam. Marilah kita berikan sokongan padu kepada skuad negara.

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala AFF 2014 – Malaysia lwn Vietnam

Vietnam lwn Malaysia 2-4
3′ Safiq Rahim (MAS)
15′ Norshahrul (MAS)
22′ Le Cong Vinh (VIE)
28′ o.g , Dinh Tien Thanh(MAS)
43′ Shukor Adan (MAS)
79′ Lee chong vinh (VIE)

** Tahniah kepada pasukan negara yang berjaya ke peringkat akhir untuk menentang skuad Thailand..

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala AFF 2014 – Malaysia vs Vietnam

  1. Pasti ramai Rakyat Malaysia dah tak sabar menantikan sepak Mula perlawanan antara Malaysia dengan Vietnam selepas pasukan negara kalah 2-1 pada perlawanan pertama… Good Luck saya ucapkan kepada pasukan Malaysia.. Buatlah yang terbaik demi negara tercinta..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.