LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan separuh akhir hoki Cabaran Juara-juara 1 – Malaysia menentang Kanada

Hari ini berlangsung perlawanan separuh akhir hoki Cabaran Juara-juara 1. Skuad hoki negara beraksi untuk menempatkan diri ke perlawanan akhir pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia, Kuantan.
Perlawanan separuh akhir pada malam ini berlangsung pada jam 7.00 malam dimana skuad hoki kendalian jurulatih K Dharmaraj menentang skuad Kanada. Berdasarkan di atas kertas skuad negara mempunyai peluang yang cerah. Apatah lagi selepas berjaya menumbangkan jagoan New Zealand pada perlawanan suku akhir tempohari.
Berdasarkan ranking terkini skuad hoki berada di tangga 13 manakala Kanada di tempat ke 16. Ditambah lagi dengan sokongan padu penonton tempatan pasti akan menambah kekuatan pasukan hoki negara yang semakin meningkat di peringkat antarabangsa.

Walaubagaimanapun, skuad hoki negara tidak boleh leka. Pemain perlu fokus pada 70 minit perlawanan dan bersedia sekiranya perlawanan di heret ke penalti shoutout. Semoga mereka mampu untuk memberikan ke peringkat akhir seterusnya memberikan kejuaraan yang diidamkan.
Perlawanan hoki cabaran juara-juara 1 disiarkan di TV9 pada jam 7.00 malam.

Keputusan perlawanan separuh akhir hoki Cabaran Juara-juara 1 – Malaysia vs Kanada

Malaysia vs Kanada 2-2 (2-1) – penalti 4-5
faizal saari
image hosting

2′ Faizal Saari (MAS)
14′ Ismail Abu (MAS)
21′ Scott Tupper (KAN)
60′ Scott Tupper (KAN)
*** Pasukan Malaysia tidak berjaya ke akhir selepas tumbang pada penentuan pukulan penalti dengan keputusan 4-5. Apapun syabas kepada skuad hoki negara kerana berjaya melangkah ke separuh akhir..

Keputusan Perlawanan Separuh akhir hoki Cabaran Juara-juara. Perlawanan Lain

New Zealand vs Poland 6-1 (5-0)

Perancis vs Jepun 3-2 (2-1)

Ireland vs Korea Selatan

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan perlawanan separuh akhir hoki Cabaran Juara-juara 1 – Malaysia menentang Kanada

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)