LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan perlawanan separuh akhir Badminton Terbuka China 2011 – Lee Chong Wei lwn Lin Dan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Image Hosting
Perlawanan separuh akhir badminton terbuka China menemukan 2 seteru utama dalam arena badminton masakini iaitu pemain negara iaitu Datuk Lee Chong Wei dan pemain dari China Lin Dan. Kedua-dua pemain pastinya mempunyai misi sendiri untuk menang dalam perlawanan ini. Bagi Lee Chong Wei kemenangan amat diperlukan bagi membalas dendam kekalahan kepada lawan yang sama pada Kejohanan badminton Hong Kong sebelum ini manakala bagi Lin Dan kemenangan amat penting di tempat sendiri untuk bertemu rakan senegara, Cheng Long.

Keputusan Perlawanan separuh akhir Siri Terbuka China 2011 : – Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan 21-19, 12-21, 11-21
Nampaknya badi menentang Lin Dan masih ada lagi. Datuk Lee Chong Wei masih tak mampu untuk menumpaskan lawan dari China ni lebih-lebih lagi perlawanan ini diadakah di tanah tumpah Lin Dan.
Apapun, syabas kepada beliau yang masih konsisten dalam setiap kejohanan. Cuma nampaknya standard Lin Dan masih lebih tinggi dari beliau. Diharap beliau mampu membalas dendam terutama di Kejohanan Olimpik pada tahun depan..

Sebenarnya Si Zool tak dapat tengok live sebab takde ASTRO Supersport. Cari live streaming pun tak dapat tengok.Cuma tengok keputusan dari website BWF je.. Ada sesiapa boleh berikan ulasan?

Sekian..

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)