Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan pusingan kedua Piala AFC 2015 – JDT vs Ayeyawady United

Hari ini berlangsung pusingan kedua peringkat kalah mati bagi kejohanan Piala AFC 2015. Wakil dari Malaysia, JDT akan menentang pasukan wakil dari Myanmar, Ayeyawady United FC untuk ke peringkat suku akhir.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Larkin, Johor ini memberi kelebihan kepada skuad JDT. Selaku tuan rumah dan perlawanan hanya diadakan sekali sahaja, pasukan bimbingan Mario Gomez mesti mengejar kemenangan. Kelebihan selaku tuan rumah tidak sepatutnya dipersia-siakan oleh pemain JDT yang rata-rata dibarisi barisan pemain kebangsaan. Selain itu pasti beraksi di kubu kuat, Stadium Larkin memberi kekuatan ditambah dengan barisan penyokong tegar sebagai pemain ke 12.

Pasukan JDT yang mendapat khabar gembira apabila, penyerang dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz dijangka mampu membantu skuad Harimau Selatan ini. Diaz yang sebelum ini meninggalkan JDT untuk bermain di Eropah tidak menemui kelab dan masih layak untuk bermain. Diaz , 25 tahun telah menjaringkan 14 gol dalam 27 penampilan pada musim lepas. Rakan penyerang dari Argentina, Luciano Figueroa pasti menjadi harapan untuk menjaringkan gol.

jdt1

Pasti penyokong pasukan JDT dan peminat bolasepak tempatan mengharapkan agar JDT mampu pergi ke peringkat seterusnya sekaligus mencipta sejarah dalam Piala AFC 2015.

Keputusan Perlawanan Piala AFC 2015 – JDT vs Ayeyawady Utd

JDT vs Ayeyawady Utd (1-0) 5-0

1′ Safiq Rahim (JDT)

46′ Luciano Figueroa (JDT)

60′ Jorge Pereyra Diaz (JDT)

73′ Jorge Pereyra Diaz (JDT)

90′ Luciano Figueroa (JDT)

** Tahniah kepada pasukan JDT yang menang besar sekaligus mara ke pusingan suku akhir..

Tambahan :- Perlawanan persahabatan Pilihan Malaysia menentang Tottenham Hotspurs.

Keputusan Perlawanan Persahabatan Pilihan Malaysia vs Tottenham Hotspurs

Pilihan Malaysia vs Tottenham Hotspurs 1-2

Thiago Junio m-32 (MAS); Harry Kane m-19 & m-43 (TOT)

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Perlawanan pusingan kedua Piala AFC 2015 – JDT vs Ayeyawady United

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)