post

Keputusan perlawanan Play Off Piala Malaysia 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Walaupun baru menyambut bulan Ramadhan dan umat Islam perlu berpuasa, terdapat 2 perlawanan playoff Liga Malaysia untuk menentukan pasukan yang akan ke Piala Malaysia 2013. Perlawanan tersebut antara Negeri Sembilan menentang Sabah dan Felda United menentang Pos Malaysia. Perlawanan antara Negeri Sembilan menentang Sabah berlangsung di Stadium Shah Alam pada jam 9.45 malam dan Pos Malaysia menentang Felda United pada jam 9.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perlawanan playoff ini diadakan secara kalah mati dimana hanya pasukan yang menang akan layak untuk bermain di kejohanan Piala Malaysia 2013 bagi melengkapkan 16 pasukan yang akan bertanding.

Keputusan perlawanan playoff Piala Malaysia 2013

Keputusan Semasa
Negeri Sembilan lwn Sabah 4-0 (2-0)
N.Sembilan : 10′ Nazrin Nawi
N.Sembilan : 14′ Nazrin Nawi
N.Sembilan : 51′ Leandro Fabio
N.Sembilan : 84′ Nazrin Nawi

Pos Malaysia lwn Felda United 0-1 (0-0)
Felda Utd : 64′ Shafizan Hashim

** Tahniah kepada Felda dan Negeri Sembilan yang akan bersaing di Piala Malaysia 2013 yang akan bermula pada Ogos ini.

Gossip bolasepak terkini :-
” Dikhabarkan Safiq Rahim akan memilih untuk ke Pahang musim hadapan jika meninggalkan Johor DT.”
“Felda United mungkin akan dibubarkan musim hadapan jika gagal layak ke Piala Malaysia.”

Sekadar gossip, tidak dipastikan kebenarannya.. Sumber Twitter Liga Malaysia

Sekian

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan perlawanan Play Off Piala Malaysia 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.