Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 9 September 2017

Selepas berehat beberapa minggu, kejohanan bola sepak tempatan kembali bersambung. Kali ini Piala Malaysia 2017 dimulakan bagi mengesahkan pasukan yang akan ke suku akhir Piala Malaysia.
Bagi Kumpulan A, pasukan PKNP telah sah menjadi juara kumpulan sekaligus mara ke peringkat suku akhir mankala persaingan antara 3 lagi pasukan diperlukan bagi mengiringi pasukan kelab dari Perak itu.
Dalam Kumpulan A, Pahang, T-Team dan Negeri Sembilan perlu menang ke atas lawan masing-masin untuk layak ke suku akhir. Perlawanan antara Pahang menentang T-Team pasti menjadi tumpuan kerana sebarang kemenangan bakal melayakkan pasukan yang memungut mata penuh itu.
Sekiranya kedua-dua pasukan seri pula, pasukan Negeri Sembilan mampu ke suku akhir seandainya berjaya menumpaskan PKNP di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.

Dalam aksi Kumpulan B pula slot ke suku akhir telah diisi oleh Perak dan Felda United. Perlawanan antara Perak menentang Felda hanya akan mengesahkan pasukan mana yang menjadi juara kumpulan.
Perlawanan antara Kuala Lumpur menentang PKNS pula sekadar di Stadium Hang Jebat pula untuk mengelakkan dari berada di tangga terbawah kumpulan.

Bagi aksi Kumpulan C pula saingan teratah kepada saingan antara tempat kedua iaitu Melaka Untied dan Kelantan setelah Kedah sah ke suku akhir. Pasukan Melaka yang akan bertandang ke Stadium UiTM Shah Alam berkelebihan dengan hanya perlu mencatat keputusan seri untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia selepas sudah lama tidak beraksi di peringkat kalah mati Piala tersebut.
Pasukan Kelantan pula perlu mengharapkan keajaiban apabila bertandand ke Kedah dalam misi mustahil ke suku akhir .

Aksi Kumpulan D pula agak menarik. Walaupun JDT dan Selangor sah ke suku akhir namun keputusan pada malam ini akan mengesahkan juara Kumpulan D. Pasuakn JDT akan melayan pasukan Selangor di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos pada malam ini.
Pertarungan antara Terengganu menentang Sarawak pula hanya untuk mengelak dari pasukan terbabit menduduki tangga terbawah Kumpulan D.

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 9.9.2017

Kumpulan A

Pahang vs T-Team 3-2

Alves (PAH) m40

Syed Sobri(T-Team) m51

Muhamad Nor Azam Abdul Aziz(PAH) m 52

Abdoulaye Youssouf Maiga(PAH) m55

Yamil Romero(PAH) m84

Negeri Sembilan vs PKNP 0-0

** Pahang mengiringin PKNP ke suku akhir Piala Malaysia

Kumpulan B

Perak vs Felda 2-1

Mohd Nizab Ayub(PRK) m25

Shahrul Saad (PRK) m79

Kuala Lumpur vs PKNS 1-0

Guilherme De Paula(KL) m47′

** Perak selaku juara kumpulan manakala Felda selaku naib juara

Kumpulan C

Kedah vs Kelantan 2-0

Sandro (KED) m23

Ken Ilso (KED) m76

UiTM vs Melaka United 5-3

Akanni Sunday (UiTM) m12, 37, 90

Do Dong-Hyun(UiTM ) m 29′ , 72

Jeon Woo Young(MU) m32

Azinee Taib(MU) m55

Fauzi Roslan (MU) m86

** Melaka mengiringi Kedah ke suku akhir selepas Kedah menumpaskan Kelantan.

Kumpulan D

JDT vs Selangor 3-1

Ghaddar (JDT) m16

Rufino Segovia Del Burgo(SEL) m27

Gary Steven Robbat(JDT) m29

Ghaddar (JDT) m74

Terengganu vs Sarawak 3-3

Issey Nakajima(TRG) m26

Tchetche Kipre (TRG) m29

Mateo Roskam (SAR) m35

Abdul Rahim Abdul Razak(SAR) m61

Milos Raickovic(SAR) m83m

** JDT selaku juara Kumpulan D diikuti pasukan Selangor

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

Leave a Reply