Keputusan perlawanan Piala Malaysia 7 September 2013

Hari ini perlawanan Piala Malaysia 2013 bersambung kembali. Selepas berehat untuk aksi skuad persahabatan antarabangsa dan Pestabola Merdeka, aksi pasukan bolasepak tempatan akan menjadi tatapan peminat bolasepak di Malaysia.
7 perlawanan berlangsung pada hari ini dimana ianya merupakan perlawanan ke 5 dalam peringkat kumpulan. Perlawanan malam ini pasti akan memberikan petanda pasukan yang akan melangkah ke suku akhir Piala Malaysia dan juga memberikan jalan keluar kepada beberapa pasukan di peringkat kumpulan masing-masing.

Perlawanan Kumpulan A menemukan Johor menentang Sime Darby berlangsung di Stadium MP Pasir Gudang pada jam 8.45 malam. Satu perlawanan yang pasti menarik kerana kedua-dua pasukan ingin membuktikan kejagohan sekaligus mara ke suku akhir. Johor yang masih berpeluang pasti ingin menumbangkan SIme Darby yang berada di tempat kedua di bawah pasukan ATM.
Satu lagi perlawanan kumpulan A adalah antara ATM menentang Selangor yang berlangsung di Stadium MP Selayang. Pasukan ATM yang selesa di tangga teratas pasti ingin mencapai kemenangan bagi memastikan kemaraan ke suku akhir sekaligus ingin menebus kekalahan tahun lalu dimana mereka bergelar naib juara Piala Malaysia. Walaupun peluang Selangor tipis namun mereka pasti tidak mahu menjadi pasukan tangga terakhir. Pasti mereka ingin berjuang habis-habisan untuk mendapat 3 mata penuh.

| Dapatkan Jersi Bolasepak Malaysia Original Disini! |

Perlawanan kumpulan B pula antara PKNS menentang T-Team di Stadium Shah Alam jam 8.45 malam pasti menarik. Kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang dan pasukan yang menang pasti mempunyai kelebihan dari segi moral. Seandainya PKNS menang mereka telah mara tanpa perlu menunggu perlawanan terakhir. Namun T-Team pasti ingin menang bagi mara ke perlawanan seterusnya.
Pasukan Felda pula akan bertemu Johor DT di Stadium MBPJ pada jam 8.45 malam.Pasukan Felda pasti tidak mahu terus berada di tangga terbawah manakala Johor DT pasti ingin mencapai kemenangan berharga bagi mencabar pasukan T-Team dan PKNS.

Perlawanan kumpulan C pula menemukan antara Pahang menentang N.Sebilan di Stadiu Darul Makmur pada jam 8.45 malam. Persaingan sengit dalam kumpualn C menyaksikan keempat-empat pasukan mempunyai peluang. Pasti Pahang ingin memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri namun N.Sembilan ingin menang dan merebut Piala Malaysia. Pasti mereka akan bermain sekurang-kurangnya untuk mendapatkan 1 mata di tempat lawan.
Perlawan jiran antara Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada jam 8.45 malam. Kedua-dua pasukan yang hanya dibezakan dengan 1 mata pasti ingin menang perlawanan ini sekaligus mencerahkan peluang ke suku akhir.

Perlawanan kumpulan D akan menemukan antara Perak menentang Kedah di Stadium Perak pada jam 8.45 malam. Kedua pasukan jiran ini pasti inginkan kemenangan. Seandainya Perak menang, mereka sudah pasti ke suku akhir. Namun Kedah pasti tidak mahu pulang dengan tangan kosong dan 3 mata dicari bagi memastikan peluang ke suku akhir masih ada.
Perlawanan antara Lions XII dan Sarawak akan berlangsung pada esok hari..

Siaran langsung Piala Malaysia 7.9.2013

Perlawanan antara Terengganu menentang Kelantan akan disiarkan secara langsung oleh ASTRO Arena 801
Perlawanan antara Pahang menentang N.Sembilan pula akan disiarkan secara langsung oleh RTM 1.
liga super
windows screenshot

Keputusan perlawanan Piala Malaysia 7.9.2013

Keputusan Semasa

Johor vs Sime Darby 2-2(2-1)
Johor minit 14 : Farid Ideris
Johor minit 37 : Izuan
Sime Darby minit 42 : Azmirul
Sime Darby minit 56 :Fazrul

ATM vs Selangor 1-1 (1-0)
ATM minit 37 : Marlon Alex James
Selangor minit 73 : Fitri Syazwan
** Selangor sah tersingkir dari Piala Malaysia.

PKNS FC vs T-Team5-0 (3-0)

Felda vs Johor DT 2-5(0-1)
Johor DT minit 15 : Norshahrul
Johor DT minit 59 :Nurul Azwan Roya
Johor DT minit 61 : Safiq Rahim
Felda : Rudie Ramli
Johor DT :Haidin
Felda : Rudie Ramli
** Felda sah tersingkir dari Piala Malaysia

Pahang vs N.Sembilan 3-0 (0-0)
Pahang minit 51 : Matias Conti
Pahang minit 70 : R Gopinathan
Pahang minit : Azidan

Terengganu vs Kelantan 1-3 (0-1)
Kelantan minit 28 : Hasnizam (gol sendiri)
Kelantan minit 56 : Indra Putra
Terengganu minit 75 : Ashaari Samsudin
Kelantan minit 84 : Badri Radzhi
Terengganu sah tersingkir dari Piala Malaysia

Perak vs Kedah 0-1 (0-0)
Kedah minit 91 : Nelson

Sekian

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan perlawanan Piala Malaysia 7 September 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.