Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 30 Ogos 2014

Selepas perlawanan yang berlangsung pada hari semalam memberikan petanda beberapa pasukan yang akan ke suku akhir, hari ini terdapat 4 perlawanan yang akan menetukan pasukan yang layak ke suku akhir Piala Malaysia 2014.
Pada malam ini perlawanan membabitkan Kumpulan B dan kumpulan D. Antara perlawanan tersebut adalah :-

Piala Malaysia

Kumpulan B
Sarawak vs Perak
Perlawanan antara Sarawak menentang Perak berlangsung di Stadium Negeri Kuching pada jam 8.45 malam. Perlawanan dijangka sengit kerana Sarawak masih berpeluang untuk ke suku akhir walaupun kini berada di dasar liga Kumpulan B. Hanya kemenangan yang akan mencerahkan peluang bagi kedua-dua pasukan. Perak yang berada di tangga teratas Kumpulan B masih tidak selamat kerana mata yang dipisahkan terlalu rapat. Kesilapan kecil mampu menyebabkan peluang untuk melangkah ke peringka seterusnya terkubur.
Ramalan : Sarawak 2 Perak 1

Terengganu vs Kedah
Perlawanan antara Terengganu menentang Kedah berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada jam 8.45 malam. Pasukan Terengganu pasti tidak ingin tumpas di gelanggang sendiri. Kemenangan mampu melayakkan Terengganu ke suku akhir namun Kedah mempunyai peluang jika mampu melakar kejutan di Terengganu.
Ramalan : Terengganu 1 Kedah 0

PDRM vs Selangor
Perlawanan antara PDRM menentang Selangor berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Raham, Paroi pada jam 8.45 malam. PDRM merupakan satu-satunya pasukan yang mendapat mata penuh dari 4 perlawanan. Selangor yang bertandang ke Paroi pasti mengalami laluan sukar dari PDRM kerana sudah pasti pasukan juara Liga Perdana 2014 ingin mengekalkan momentum kemenangan dan tidak akan memberi peluang kepada barisan Selangor.
Ramalan : PDRM 1 Selangor 1

Sime Darby vs T-Team
Perlawanan antara Sime Darby menentang T-Team berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada jam 8.45 malam. Kedua-dua pasukan masih berpeluang untuk mengejar Selangor bagi mendapatkan slot ke suku akhir mengiringi PDRM. Kedua-dua pasukan pasti ingin mendapatkan 3 mata penuh bagi merealisasikan harapan penyokong pasukan berstatus kelab ini.

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 30.8.2014

Sarawak lwn Perak 1-1 (0-0)
59′ Mokhtar (SAR)
77′ Tulio (PER)
** Pasukan Sarawak terkeluar dari saingan Piala Malaysia apabila sekadar seri dengan Perak di laman sendiri

Terengganu lwn Kedah2-2 (1-1)

36′ Ashari Samsuddin (TER)
45′ Baddrol Bakhtiar (KED)
63′ Namkung (KED)
79′ Ismail Faruqi (TER)
** Keputusan seri antara kedua pasukan memberikan peluang terbuka dalam kumpulan ini

PDRM lwn Selangor 1-1 ( 0-1)

11′ Andik (SEL)

84′ Alafi Mahmud (PDRM)
** PDRM mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan kumpulan Piala Malaysia.

Sime Darby lwn T-Team 2-1 (2-0)

14′ Mateo (SD)
27′ Dzulfahmi (SD)
49′ Jimmy Mulisa (T-Team)
** Sime Darby menang perlawanan sekaligus mencerahkan peluang ke suku akhir.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 30 Ogos 2014

Leave a Reply