LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 26.9.2015

Perlawanan bolasepak Piala Malaysia memasuki perlawanan ketiga peringkat kumpulan.
Perlawanan yang sepatutnya berlangsung iaitu antara JDT II menentang Kedah di Stadium Pasir Gudang tidak dapat dijalankan setelah Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan menunjukkan kadar tidak sihat untuk berlangsungnya perlawanan. Manakala perlawanan antara Lions XII menentang Terengganu berkesudahan pasukan Lions menang dengan keputusan 3-2.

Kumpulan B pula hanya menyaksikan perlawanan antara Perak menentang ATM yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh. Kedua-dua pasukan perlukan kemenangan agar membuka peluang untuk melepasi peringkat kumpulan.
Perlawanan antara Sarawak menentang JDT ditangguhkan kerana pasukan JDT perlu mempersiapkan diri dalam perlawanan separuh akhir Piala AFC pada Selasa ini menentang Al-Qadsia di Kuwait.

Kumpulan C membabitkan antara Selangor menentang Felda di Stadium Shah Alam, Selangor. Perlawanan ini amat penting bagi menyaksikan pasukan yang akan menghuni carta Kumpulan C.
Perlawanan antara T-Team menentang Kelantan berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu. Kedua-dua pasukan yang agak tidak konsisten pasti tidak ingin tercicir mata.

Kumpulan D pula menyaksikan Penang menentang Pahang di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Seperti nampak kelebihan pada pasukan Pahang namun Pulau Pinang mempunyai kelebihan di gelanggang sendiri.
Perlawanan antara Polis menentang PKNS pula akan berlangsung pada hari Isnin ini di Stadium Shah Alam berikutan terdapat perlawanan membabitkan pasukan Selangor pada hari ini.

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 26.9.2015

Kumpulan A
Lions XII vs Terengganu 3-2

Kumpulan B
Perak vs ATM (0-1) 0-2

Kumpulan C
Selangor vs Felda (0-0) 0-0

T-Team vs Kelantan (3-0) 3-1

Kumpulan D
Pulau Pinang vs Pahang (1-1) 4-1
keputusan-piala-malaysia-26sept2015

** Berlaku kejutan pada perlawanan malam ini. Perak tersungkur di tangan ATM di gelanggang sendiri, T-Team menang ke atas Kelantan dan Pulau Pinang membelasah pasukan Pahang. Nampaknya pasukan dari Liga Perdana menunjukkan betapa mereka mampu menjinakkan pasukan dari Liga Super. Persaingan yang semakin menarik dalam saingan Piala Malaysia 2015 ini

Please follow and like us:
error0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)