Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 26.8.2014

Perlawanan bolasepak Piala Malaysia 2014 telah masuk ke pusingan kedua. Perlawanan ke 4 ini pasti akan memberi tanda untuk pasukan yang akan melangkah ke pusingan seterusnya.
Hari ini berlangsung 4 perlawanan bolasepak Piala Malaysia 2014. Sudah pasti pasukan-pasukan akan bermain bermati-matian untuk meneruskan langkah ke perlawanan seterusnya. Berikut merupakan perlawanan bolasepak Piala Malaysia 26 Ogos 2014

Kumpulan A
Lions XII vs Johor DT II
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar pada jam 7.45 malam ini menyaksikan pertembungan 2 pasukan berjiran iaitu Lions XII menentang JDT II. Kedua-dua pasukan pasti ingin menang bagi mengelakkan tercicir ke peringkat seterusnya. Perlawanan yang pasti hebat kerana kedua-dua pasukan ingin membuktikan sesuatu. Walaupun sedikit terumbang ambing, namun Lions XII masih sedikit gagah berbanding pasukan JDT II.
Ramalan : Lions XII 2 JDT II 0

Felda Utd vs Pahang
Perlawanan antara Felda Utd menentang Pahang berlangsung di Stadium MP Selayang, Selangor pada jam 8.45 malam. Perlawanan yang cukup menarik. Pasukan Pahang yang dikejutkan oleh Felda pada perlawanan pertama pasti ingin mengelak diaibkan di gelanggang lawan. Kekuatan Felda yang mempunyai ramai pemain berpengalaman mempunyai ramuan untuk menumbangkan pasukan Pahang.\
Ramalan : Felda Utd 1 Pahang 1

Kumpulan C

Kelantan vs ATM
Perlawanan antara Kelantan menentang ATM berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV , Kelantan pada jam 8.45 malam. Kelantan ingin mendapatkan 3 mata penuh di gelanggang sendiri namun ATM pasti tidak ingin pulang tangan kosong. Pasti mereka mempunyai kekuatan sendiri untuk meneruskan perlawanan ini.
Ramalan : Kelantan 2 ATM 0

Johor DT vs Pulau Pinang
Perlawanan antara JDT menentang Pulau Pinang pada jam 8.45 malam di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor. Atas kertas, JDT mempunyai kelebihan yang besar untuk mendapatkan 3 mata penuh namun Pulau Pinang pasti bermain bermati-matian untuk mengelak kehilangan mata sekaligus boleh mengucapkan selamat tinggal pada Piala Malaysia 2014.

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 26.8.2014

Lions XII vs Johor DT II 2-2 (1-1)
1′ Hafiz Sujad (LNS)
10′ Mohd Yusof (JDT II)
65′ Akmal Ishak (JDT II)
84′ Faris Ramli (LNS)
** Kedua-dua pasukan seri dalam perlawanan di Stadium Jalan Besar.

Felda Utd vs Pahang 2-0 (0-0)
65′ Gopinathan (PAH)
90′ +1′ Dickson Nwakaeme (PAH)
** Pahang berjaya membalas dendam kekalahan perlawanan pertama di Kuantan pada tempohari..

Kelantan vs ATM 1-2 (1-0)
42′ Francis Forkey Doe (KEL)
77′ Juan Manuel Arostegui (ATM)
86′ Hairudin Omar (ATM)
** Kejutan di Stadium Sultan Muhammad apabila pasukan Kelantan. Nampak masih terbuka saingan bagi kumpulan ini antara Kelantan dan ATM untuk ke suku akhir tatkala JDT semakin hampir ke suku akhir.

Johor DT vs Pulau Pinang 5-0 (3-0)
3′ Jorge Pereyra Diaz (JDT)
29′ (pen) Luciano Figueroa (JDT)
38′ Mohd Amri Yahyah (JDT)
54′ Luciano Figueroa (JDT)
83′ Hariss Harun (JDT)
** JDT secara matematiknya telah layak ke suku akhir Piala Malaysia 2014

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 26.8.2014

  1. Tahniah kepada pasukan yang menang. Alahai Kelantan kalah di tangan ATM1-2. Kelantan menguasai perlawanan dan semuanya terkena palang gol atau sipi di penjuru pintu gol pihak lawan ATM. ATM masih ada peluang ke peringkat suku akhir.

  2. Wah! banyak ramalan tersilap tu bro. Memang banyak upset semalam kecuali JDT yang tampak gagah dengan kehadiran semula Diaz. Kelantan agak careless dibabak ke dua. Maybe offiside, maybe tidak tetai salah defence mereka yg asyik ball watching.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)