post

Keputusan perlawanan Piala Malaysia 20 Ogos 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kejohanan bolasepak terulung di Malaysia bakal kembali. Pasukan bolasepak tempatan akan bertarung bagi merebut piala kebanggaan iaitu Piala Malaysia. 16 pasukan yang melepasi tahap kelayakan akan memulakan cabaran pada malam ini. Pastinya perlawanan pertama amat dinantikan oleh penyokong bagi menilai prestasi pasukan. Adakah pasukan yang disokong memulakan kejohanan dengan langkah kanan atau sebaliknya.
Di Stadium Pasir Gudang jam 8.45 malam, skuad Johor akan melayan kunjungan skuad Selangor. Pasti pertarungan ini menjanjikan saingan menarik. Walaupun atas kertas, pasukan bimbingan Irfan Bakti mempunyai kelebihan namun pasukan Johor pasti tidak akan membenarkan kemenangan berpihak ke atas skuad Selangor itu. Dengan ribuan penyokong yang pasti membanjiri stadium Pasir Gudang perlawanan antara 2 darjat ini akan menarik.

Piala Malaysia 2013
| Jersi Selangor 2013 Home |

Skuad ATM pula akan melayani Sime Darby di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi pada jam 8.45 malam. Pertarungan ini akan memperlihatkan penjaring terbanyak bagi kedua-dua pasukan. Adakah Marlon Alex James, penyerang ATM atau Karlo Primorac yang mampu menembusi gawang lawan? Kedua-dua pemain yang berjaya memenangi kasut emas bagi Liga Super dan Liga Perdana pasti ingin membuktikan sesuatu. Pasukan ATM yang sedikit mengalami penurunan pada akhir saingan perlu menang untuk meningkatkan motivasi pemain yang agak berusia manakala skuad Sime Darby tidak mahu tumbang di perlawanan pertama mereka di Piala Malaysia.
Perlawanan antara Felda Utd menentang T-Team pada jam 8.45 malam akan berlangsung di Stadium Temerloh. Kedua-dua pasukan yang berada di dasar Liga Super pasti ingin menebus kesilapan ketika saingan liga. Pasukan Felda pasti mengharapkan tuah tuan rumah di Temerloh namun T-Team bukan lawan mudah.

PKNS menentang Johor DT di Stadium Shah Alam jam 8.45 malam pasti menjadi saingan sengit. Penyerang handalan PKNS, Patrick Ronaldinho semakin menunjukkan sengat manakala skuad Johor DT pasti ingin menebus kekecewaan masa lalu. Pemergian Fandi Ahmad pasti dirasai oleh skuad Johor DT tapi bukan tugas mudah untuk skuad PKNS memenangi perlawanan ini.

Perlawanan skuad pantai timur, Pahang menentang Kelantan di Stadium Darul Makmur pada jam 8.45 malam pasti menjadi tumpuan. Kedua-dua pasukan mempunyai prestasi turun naik pada Liga Super yang lalu. Kekecewaan skuad Pahang yang bermula garang tapi merudum di saat akhir pasti ingin ditebus manakala pasukan Kelantan selaku juara bertahan tidak ingin memulakan langkah kiri dalam saingan kali ini.
Skuad Terengganu menentang Negeri Sembilan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail pada jam 8.45 malam akan menyaksikan pertembungan kedua pasukan bekas juara Piala Malaysia. Prestasi semasa kedua-dua pasukan tidak baik pada saingan Liga Super terutama skuad Negeri Sembilan yang turun ke Liga Perdana 2014 namun Piala Malaysia 2013 ini pasti ingin dicapai oleh kedua-dua pasukan.

Perlawanan antara Perak menentang Sarawak pada jam 8.45 malam di Stadium Perak pasti menjadi perlawanan yang hebat. Perak yang mula bangkit pada saingan akhir Liga Super pasti telah menemui rentak namun Sarawak merupakan skuad yang hebat apabila tidak tumpas dalam Liga Perdana.
Skuad Lions XII akan beraksi menentang Kedah di Stadium Jalan Besar pada jam 7.45 malam. Sememangnya ia satu perlawanan yang sukar bagi Kedah memandangkan ia stadium keramat bagi juara Liga Super 2013. Namun apa jua boleh berlaku.

|MENCARI JERSI UNTUK DIPAKAI PADA PIALA MALAYSIA INI ? KLIK SINI UNTUK MENDAPATKAN JERSI ORIGINAL! |

Siaran Langsung / Tertunda Piala Malaysia 20.8.2013

ASTRO Arena 801 (langsung) : Pahang menentang Kelantan ( 8.45 malam)
TV1 (langsung) : PKNS menentang Johor DT (8.45 malam)
ASTRO Arena 801 (tertunda) : Lions XII menentang Kedah (11.00 malam)

Apakah keputusan perlawanan malam ini ?

Keputusan perlawanan Piala Malaysia 20 Ogos 2013

Keputusan Penuh
Lions XII vs Kedah 2-2(1-1)
Lions XII : 14′ Shahril Ishak
Kedah : 26′ Allen Guc
Lions XII : 68′ Shafiq Ghani
Kedah : 90′ Allen Guc

PKNS FC vs Johor DT2-0 (1-0)
PKNS : 16′ Patrick Ronaldinho
PKNS : 57′ Patrick Ronaldinho

Terengganu vs Negeri Sembilan0-2 (0-1)
Negeri Sembilan : 41′ Fabio Leandro
Negeri Sembilan : 57′ S.Sivanesan

Johor vs Selangor 0-0 (0-0)

Pahang vs Kelantan 1-1 (0-1)
Kelantan : 9′ Badri Radzhi
Pahang : 85′ Damion Stewart

Felda Utd vs T-Team 0-1 (0-0)

ATM vs Sime Darby 3-4(1-3)
Sime Darby : 3′ Togaba
ATM : 14′ Gol Sendiri Fazrul
Sime Darby : 22′ Togaba
Sime Darby : 31′ Hazirun
Sime Darby : 46′ Fazrul
ATM : 57′ Irwan
ATM : 75′ Venice Elphi

Perak vs Sarawak 2-1 (0-1)
Sarawak : 35′ Joseph Kalang Tie
Perak : 60′ Paulo Rangel
Perak : 80′ Paulo Rangel

** Tahniah kepada pasukan yang menang dan mendapat 3 mata penuh. Perlawanan baru bermula dan masih banyak boleh diperbaiki oleh pasukan yang mendapat keputusan kurang memuaskan. Cuma diberitakan banyak kad merah pada hari ini…

Sekian

Please follow and like us:
error0

5 thoughts on “Keputusan perlawanan Piala Malaysia 20 Ogos 2013

  1. menarik sungguh result malam tadi…

    paling best ialah kedah seri 2-2 dgn lions

    dan sime darby menang dgn 4 gol balas 3…

    fuh! tahun ni mungkin ada finalist luar dugaan =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.