Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2.9.2014

Perlawanan Piala Malaysia 2014 peringkat kumpulan akan melabuhkan tirainya pada hari ini dan esok. Perlawanan peringkat kumpulan pada malam ini yang membabitkan 8 pasukan hanya sekadar pelengkap atau untuk mencari juara kumpulan sahaja. Ini kerana 2 pasukan yang akan ke suku akhir bagi kumpulan A dan C telah diketahui.
Bagi kumpulan A pasukan Felda dan Pahang akan ke suku akhir manakala bagi kumpulan C, JDT akan diiringi oleh pasukan Kelantan untuk ke peringkat seterusnya. Walaubagaimanapun, keputusan terkini tetap akan di kemaskini di blog ini. Berikut merupakan keputusan perlawanan kumpulan Piala Malaysia 2014
piala-malaysia-group
Kumpulan A
Felda vs Lions XII
Perlawanan antara Felda menentang Lions XII yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor pada jam 8.45 malam. Pasukan Felda telahpun layak ke suku akhir namun pasti mereka ingin mendapatkan kemenangan sebagai suntikan moral sebelum ke suku akhir namun skuad Lions XII pasti ingin mendapatkan mata penuh pada perlawanan terakhir ini.
Ramalan : Felda 1 Lions 1

Johor DT II vs Pahang
Perlawanan antara Johor DT II menentang Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor pada jam 8.45 malam. Perlawanan yang sudah tidak memberi makna kepada pasukan Johor DT II namun mereka pasti tidak ingin mengecewakan peminat mereka di gelanggang mereka.
Ramalan : Johor DT II 0 Pahang 2

Kumpulan C

Kelantan vs Johor DT
Perlawanan antara Kelantan menentang Johor DT pada jam 8.45 malam di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan. Walaupun Johor DT telah berada di tangga teratas namun Kelantan pasti ingin menang bagi mendapatkan kekuatan moral di suku akhir nanti.
Ramalan : 1 Johor DT 1

P.Pinang vs ATM
Perlawanan antara Pulau Pinang menentang ATM yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada jam 8.45 malam. Perlawanan yang tidak membawa makna bagi kedua-dua pasukan yang telah tersingkir. Namun maruah perlu dijangka bagi mengelakkan diaibkan pasukan lawan.
Ramalan : P.Pinang 1 ATM 2

Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2 September 2014

Felda vs Lions XII 3-1 (3-1)
9′ Zah Rahan (FEL)
22′ Faris Ramli (LNS)
26′ Indra Putra (FEL)
28′ Makache Ndumba (FEL)

Johor DT II vs Pahang 1-1 (1-0)
18′ Nicolas Dilmonte (JDT2)
73′ Zesh Rahman (PAH)

Kelantan vs Johor DT 0-3 (0-1)
28′ Pereyra Diaz (JDT)
48′ Jasazrin Jamaludin (JDT)
67′ Luciano Figueroa (JDT)

P.Pinang vs ATM 2-1 (0-1)
37′ Hairuddin Omar (ATM)
50′ Luiz Ricardo (PPG)
62′ Lee Gil Hoon (PPG)

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 2.9.2014

  1. Masalah mutu pengadilan sebenarnya menjadi punca kemarahan penonton. Tengok semalam JDT lawan Kelantan semalam amat mendukacitakan. Sepatutnya badan yg bertanggungjawab menaja satu satu liga kenalah ambil pengadil yg berkualiti. Pro antarabangsa lah sikit. Ini tangkap muat je ambil pengadil. Satu lagi ambiklah yang ada kelulusan sekurang2 diploma hotel catering pun takpe janji educated lah. Ini tentera sarjan prebet pencen lah diterima masuk latihan belajar jadi pengadil. SPM pun tak lulus bayangkanlah otaknya macam mana. Jadi seorang pengadil mesti no>1 mentaliti yg bijak. emosi yang bagus, serta kecekapan penglihatan yg baik. Pengadil tu pulak kenalah diposmotem bila lepas buat kerja dan diberi penilaian. Belajar jadi refree ni perlu education back ground gak. Bukan mangkuk hayun cerita pengalaman lima belas tahun tapi bodoh dibawak sampai ke hari ni layak lagi ke.

    Soal kalah menang tu bergantung kepada kekuatan pasukan. Kalau mutu pengadil haprak cap ayam lah katakan merosot lah bolasepak negara bila bertanding di luar negara. Sebabnya cara main dah betul tapi pengadil judge tak betul maka mind set pemainpun akan terpinda dan menerima benda tu tak betul. Maka kesannya bila kita main kat luar mutu permainan kita akan berada ditahap yg kurang lah jadinya. Itu lah buat penonton marah…. dan tunjuk perasaan kepada penganjur bodoh dan juga pengadil cap ayam. Jadilah liga piala cap ayam.

    Jangan marah ye…tapi saudara saudara yg berkenaan tu tolong fikir dan halusi mesej ini. No.1 education tu penting. Tak lulus SPM tu tak de education la tu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)