Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Piala AFC – JDT vs East Bengal

Hari ini berlangsung perlawanan Piala AFC 2015 antara East Bengal menentang JDT. Jurulatih sementara, Ismail Ibrahim yang mengambil alih dari Bojan Hodak mempunyai tugas untuk memastikan pasukan JDT layak ke pusingan suku akhir.
Pasukan JDT yang bertandang ke Stadium Yuba Bharati, Kolkata, India memerlukan sekurang-kurangnya untuk mendapatkan 1 mata bagi mencerahkan peluang menjadi wakil dari Kumpulan F.

JDT yang memimpin Kumpulan dengan 9 mata dalam 4 perlawanan dimana Kitchee dari Hong Kong berada ditempat kedua dengan 7 mata manakala East Bengal 4 mata manakala wakil Singapura, Balestier Khalsa terakhir dengan 3 mata. JDT akan beraksi tanpa pemain pertahanan import, Marcus Antonio yang mengalami kecederaan ketika perlawanan Liga Super tempohari.
Perlawanan pertama sebelum ini dimenangi oleh JDT dengan keputusan 4-1 di Stadium Larkin.

Perlawanan dilangsungkan dalam hujan lebat. Amri Yahya berjaya menjaringkan 1 gol dan permainan dihentikan pada minit ke 30. Perlawanan berlangsung semula selepas 30 minit kemudian. Kedudukan sehingga tamat separuh masa pertama berkesudahan 1-0 bagi JDT. Perlawanan dikuasai pada awal babak pertama namun selepas bersambung , pasukan East Bengal mempunyai peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Perlawanan separuh masa kedua, skuad JDT lebih banyak bertahan sehingga ke wisel penamat. Ini bermakna skuad JDT akan layak ke pusingan seterusnya.

east-bengal-vs-jdt

Keputusan Perlawanan Piala AFC 2015

 East Bengal vs JDT  (0-1 ) 0-1

6′ Amri Yahyah (JDT)

Please follow and like us:
error0

2 thoughts on “Keputusan Perlawanan Piala AFC – JDT vs East Bengal

  1. Berjaya mara ke pusingan seterusnya utk JDT boleh dikatakan pencapaian baik dalam AFC…tapi buat para haters JDT akan ckp..team lain pernah sampai suku akhir.. 🙂

    Doakan buat JDT mampu mara sehingga top 4 dan BONUS jika berjaya ke final dan muncul JUARA…amin… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)