Keputusan Perlawanan Piala AFC 29.4.2015 – Pahang vs Yadanarbon

Perlawanan Piala AFC 2015 kali ini akan menyaksikan pasukan pasukan Pahang berjuang untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Selepas pasukan JDT sah layak ke peringkat seterusnya, kini peluang pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan untuk mendapat tempat dari Kumpulan G.

Perlawanan pada malam ini menemukan pasukan Pahang dengan wakil dari pasukan Myanmar, Yadanarbon. Pahang yang memiliki 4 mata sama dengan pasukan Global dari Filipina.
Kemenangan mencerahkan peluang untuk wakil dari Malaysia ini layak ke peringkat seterusnya. Beraksi di Stadium Darul Makmur pasti memberi kelebihan kepada skuad Tok Gajah untuk beraksi pada malam ini.
Kekalahan mungkin akan merencatkan peluang untuk mencipta sejarah bagi pasukan Pahang. Perlawanan kali ini seperti hidup mati kerana perlawanan terakhir lebih sukar kerana perlu bertandang menentang skuad Global di Manila.

Pada separuh masa pertama pasukan Pahang mendahului skuad Yadanarbon dengan keputusan 3-1. Serangan oleh penyerang import skuad Pahang menghasilkan gol namun kelekaan pada minit terakhir perlawanan memberikan peluang skuad pelawat menghasilkan gol untuk merapatkan jurang.

Keputusan Perlawanan Piala AFC 29.4.2015 – Pahang vs Yadanarbon

Pahang vs Yadanarbon (3-1) 7-4

6′ Dickson Nwakaeme (PAH)

18′ Matias Conti (PAH)

31′ Dickson Nwakaeme (PAH)

45′ DjeDje Maximin (YAN)

48′ Saarvindran (PAH)

57′ Bo Bo (YAN)

59′ Dickson Nwakaeme (PAH)

68′ Hlaing Bo Bo (YAN)

85′ Hafiz Kamal (PAH)

86′ Saarvindran (PAH)

90″ Soo (YAN)

** Agak banyak jaringan dalam perlawanan malam ini. Walaupun pasukan Pahang berjaya menjaringkan 7 gol namun kelemahan dibarisan pertahanan dan tengah membenarkan pasukan lawan menjaringkan gol

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.