LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Pertama Piala Malaysia 2015

Selangor tumpas di gelanggang sendiri. Perlawanan Piala Malaysia 2015 bermula pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu.
Perlawanan membabitkan 4 Kumpulan dimana terdapat 16 pasukan bersaing untuk merebut kejuaraan Piala Malaysia yang menjadi rebutan pasukan yang bertarung.

Kejohanan kali ini merupakan yang ke 90 dimana ia kejohanan pertama dimulakan pada tahun 1921.

Kumpulan A
Kumpulan A menyaksikan 2 perlawanan berlangsung. Perlawanan antara Lions XII menentang Kedah berakhir dengan keputusan seri 1-1. Agak mengejutkan kerana pasukan Lions XII cukup ampuh di Stadium Jalan Besar namun Kedah yang bermain di Liga Perdana pada musim ini membuktikan keupayaan mereka di gelanggang lawan.

lions-kedah
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan A, pasukan tuan rumah, Terengganu hanya mampu mendapat 1 mata selepas diikat oleh JDT II dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Kumpulan B
Kumpulan B menemukan pasukan Sarawak menentang ATM di Stadium Negeri Sarawak. Pasukan tuan rumah berjaya mendapatkan gol tunggal melalui pemain senior, Joseph Kalang Tie bagi memastikan 3 mata penuh dikutip digelanggang sendiri.

jdt-perak
Pasukan juara Liga Super 2015, JDT pula berjaya menumpaskan Perak di Stadium Larkin pada perlawanan yang berlangsung pada jumaat lalu. Gol skuad tuan rumah dijaringkan oleh Safee Sali dan S Chanturu.

Kumpulan C
Kumpulan C pula menyaksikan kejutan apabila pasukan tuan rumah, Selangor diaibkan oleh Kelantan dengan keputusan 0-3. Pasukan Kelantan berjaya mendapatkan gol melalui pemain import, Gilmar dan Iwuji.
Di Stadium Selayang, Felda berjaya menumpaskan satu lagi wakil dari Liga Perdana, T-Team. Makeche Ndwumba dengan dua gol manakal pemain veteran, Indra Putra berjaya membolosi gawang T-Team.

Kumpulan D
Di Stadium Darulmakmur, pasukan Pahang terpaksa berhempas pulas untuk menumbangkan PDRM dengan keputusan 4-3. Azamuddin Akhil menjaringkan hatrick manakala gol kemenangan dijaringkan oleh pemain sensasi Pahang, DIckson Nwakaeme. Pasukan PDRM mendapatkan gol melalui Dramane Traore, Ali Ashfaq dan Jaime Bragance.

azamuddin akil
Azamuddin Akil

Pasukan Pulau Pinang pula dikejutkan oleh PKNS di gelanggang sendiri dengan keputusan 0-3. Gol PKNS dijaringkan oleh Nazrin Syamsulbahari, Gabriel Guerra dn Nizam Abu Bakar.

Keputusan perlawanan pertama yang mungkin memberikan congakan sendiri oleh penyokong pasukan masing-masing. Semoga Piala Malaysia mampu diteruskan dengan jayanya walaupun sekarang ini terdapat isu hangat membabitkan bolasepak negara.

Please follow and like us:
error0

One thought on “Keputusan Perlawanan Pertama Piala Malaysia 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)