LIGAKAMPUNG

Sukan Oh Sukan

Archives

Penaja

Adakah anda ingin menaja Ligakampung.com ? Sila emel kepada zzarizi[at]gmail.com

Keputusan Perlawanan Persahabatan – Malaysia vs Tajikistan

Hari ini berlangsung perlawanan sulung jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh. Pasti peminat dan penyokong bolasepak kebangsaan ingin melihat hasil pertama pengendali baharu Harimau Malaya ini. Perlawanan persahabatan antara Malaysia menentang pasukan kebangsaan Tajikistan.
Perlawanan yang berlangsung di Dushanbe, Tajikistan bermula pada jam 9.00 malam. Agak malang, tiada siaran langsung disiarkan oleh televisyen Malaysia.
tajikistan vs malaysia
upload image online

Walaupun sekadar perlawanan persahabatan namun ia amat penting untuk Dollah Salleh. Ia pastinya adalah sebagai persiapan awal sebelum kempen Piala Suzuki AFF yang bermula pada November ini. Berdasarkan ranking terkini, Malaysia berada di kedudukan ke 151 manakala Tajikistan berada di tangga ke 124. Ditambah pula dengan penerbangan yang panjang dan cuaca yang panas di Dushanbe pasti memberi kelebihan pada pasukan tuan rumah namun ia bukan alasan untuk mengaku kalah.

Walaupun ranking pihak lawan lebih tinggi tapi pasukan yang diketuai oleh Aidil Zafuan pasti inginkan kemenangan di tempat lawan. Sedikit sebanyak ia pasti membantu ranking skuad negara yang sering menurun sejak kebelakangan ini. Diharap pasukan negara mampu melakar keputusan positif dalam perlawanan pertama di bawah kendalian Dollah Salleh yang telah dilantik secara rasmi sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya pada 28 Jun yang lepas bagi menggantikan Datuk K Rajagobal.

Berikut merupakan keputusan perlawanan persahabatan Malaysia menentang Tajikistan

Keputusan perlawanan persahabatan 8.8.2014 – Malaysia vs Tajikistan

Tajikistan vs Malaysia 4-1 (2-1)

Kesebelasan Utama Malaysia : Farizal, Mahali, Aidil, Fadhli, Asra, Amri, Badhri, Chanturu , Gopi Mat Yo, Safee

15′  (TAJ)

35′ (TAJ)

45′ Amri (MAS)

50′ (TAJ)

57′ (TAJ)

** Perlawanan berkesudahan dengan pasukan Malaysia tumbang 1-4 di tangan pasukan lawan. Harap banyak pengajaran dapat di perolehi oleh jurulatih Malaysia. Mungkin beliau boleh menilai kembali prestasi beberapa pemain yang dibawa ke Tajikistan ini samada mereka layak atau tidak untuk mewakili skuad Malaysia bagi menghadapi kejohanan Piala AFF nanti.

Please follow and like us:
error0

4 thoughts on “Keputusan Perlawanan Persahabatan – Malaysia vs Tajikistan

  1. Unfair utk judge Dollah Salleh skrg sbb in game pertama beliau dan kawe mmg expect budak2 Malaysia kalau time Ramdhan dan raya tak jaga fitness dan diet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error

Enjoy this blog? Please spread the word :)