Keputusan Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Kemboja

Perlawanan persahabatan kelas A antara Malaysia menentang Kemboja menyaksikan pasukan Malaysia berjaya menumbangkan pasukan Kemboja di gelanggang lawan.
Dalam perlawanan tersebut, jurulatih Tan Cheng Hoe memulakan Khairul Fahmi selaku penjaga gol utama manakala Mahali Jasuli, Shahrul Saad, Rawilson Batuil, Syazwan Andik bertindak selaku pemain pertahanan.
Nasir Basharudin,Akram Mahinan , Syazwan Zainon dan Nazmi Faiz mengemudi jentera tengah manakala Akhyar Rashid dan Zaquan Adha meneruskan aksi di barisan serangan.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpik Nasional Phnom Penh ini menyaksikan skuad negara ketinggalan pada babak pertama selepas Soeuy Visal menjaringkan gol pada minit ke 18.

Separuh masa kedua menyaksikan permainan seimbang dengan kedua-dua pasukan ingin menjaringkan gol. Skuad negara berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Shahrul Saad pada minit ke 62 susulan sepakan percuma.
Kegagalan pertahanan Kemboja mengeluarkan bola dari kawasan bahaya disambung oleh Shahrul Saad yang mudah menolak bola di gawang terngaga.
Minit ke 74 hasil hantaran lintang baik dari Shahrel Fikri menyaksikan Syazwan Andik menanduk masuk untuk Malaysia mendahului 2-1.
Skuad negara akhirnya berjaya mendapatkan gol pemusnah sekaligus memastikan kemenangan selepas Shahrel Fikri berjaya menumpaskan penjaga gol lawan sekaligus mendiamkan pengendali Kemboja, Keisuke Honda pada minit terakhir perlawanan.

Mungkinkah akan ada kenaikan ranking memandangkan Kemboja berada di ranking ke 166 manakala Malaysia di ranking ke 171?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Archives