Keputusan Perlawanan Persahabatan : Malaysia Bawah 22 menentang Myanmar Bawah 22

Pasukan Malaysia bawah 22 tahun di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee mempunyai misi besar untuk memungut kembali Emas Sukan SEA yang bakal berlangsung di Malaysia pada tahun 2017.
Sebagai langkah permulaan, perlawanan persahabatan diadakan bagi memantapkan para pemain dalam aksi seterusnya.

Pada hari ini telah berlangsung perlawanan persahabatan antara pasukan bawah 22 tahun Malaysia menentang barisan skuad muda Myanmar di Stadium Shah Alam, Selangor. Perlawanan ini penting bagi memberikan idea kepada jurulatih negara untuk memilih pemain berdasarkan aksi perlawanan persahabatan.
Dengan persediaan yang agak tidak baik, Datuk Ong Kim Swee perlu mencari formula terbaik bagi aksi tersebut. Formasi permulaan iaitu 4-4-1-1 digunakan unutk melihat posisi para pemain muda Malaysia ini.

Pada aksi separuh pertama, pasukan Myanmar hampir membolosi gawang Malaysia namun dinafikan tiang gol. Pasukan negara juga mempunyai peluang namun hanya selepas satu sepakan sudut, N Thanablan berjaya menanduk masuk bola terus ke gawang gol. Ia merupakan gol yang amat dinanti oleh skuad negara.
Ia memberikan semangat dan terdapat beberapa peluang barisan pemain negara seperti Syafiq Ahmad yang mempunyai peluang satu lawan satu namun gagal disudahkan sebagai gol.
Perlawanan terhenti seketika dalam separuh pertama apabila angin kuat hingga menyebabkan terdapat serpihan jatuh ke padang.

Masuk ke separuh masa kedua, pasukan Myanmar melakukan serangan bertubi-tubi dan hampir-hampir menyamakan kedudukan namun penjaga gol negara berjaya menampan beberapa percubaan pasukan lawan.
Dalam keadaan cuaca hujan yang turun lebat, keadaan padang menjadi becak dan menyukarkan pergerakan pemain. Pasukan Malaysia yang bermain secara bertahan menggunakan cubaan ‘counter attack’ dan terdapat beberapa peluang untuk menambah gol.
Terdapat percubaan N Thanabalan namun gol tidak dikira kerana Thanabalan telah melakukan kekasaran kepada penjaga gol Myanmar yang telah menangkap bola.

Pada minit ke 87 Danial Ashraf berjaya menyambar satu peluang terhidang selepas pemain Myanmar tidak berjaya membuang bola dari kawasan bahaya. Ia sekaligus merupakan gol kemenangan pasukan muda Malaysia ini.
Satu kemenangan yang baik dan boleh memberikan motivasi kepada barisan pemain muda negara untuk beraksi dalam kejohanan seterusnya.

Bagi Ligakampung.com, masalah barisan penyerang tumpul perlu diberi perhatian. Kegagalan memasukkan bola ke gawang gol ketika aksi satu lawan satu serta melakukan rembatan tepat ke dalam gol perlu diperbaiki. Dalam perlawanan ini terdapat banyak rembatan yang jauh tersasar dan sekiranya ia mampu diperbaiki mungkin boleh memberikan lebih gol pada perlawanan malam ini.
Penjaga gol Amirul Hakimi juga bermain baik dalam menepis peluang-peluang pasukan Myanmar.

zool
Kaki Bangku yang meminati sukan tempatan. Semua yang ditahu akan dikongsi bersama.
http://ligakampung.com/blog

One thought on “Keputusan Perlawanan Persahabatan : Malaysia Bawah 22 menentang Myanmar Bawah 22

Leave a Reply